Twitter semalam memaklumkan akaun milik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jack Dorsey telah digodam susulan siri mesej tidak menentu yang bersifat perkauman dan menghina yang dimuat naik ke akaun beliau.
Ciapan yang antara lain mengandungi hinaan perkauman dan cadangan tentang sebuah bom muncul di akaun @jack yang juga pengasas bersama perkhidmatan pesanan ringkas itu selama lebih kurang 30 minit sebelum ia dipadam.
Beberapa ciapan turut mengandungi tanda pagar #ChucklingSquad yang dipercayai milik kumpulan penggodam.
Tanda pagar sama turut ditemukan ketika serangan terhadap beberapa personaliti media sosial terkenal sebelum ini.
"Kami menyedari akaun @jack digodam dan sedang menyiasat apa yang berlaku," kata seorang jurucakap Twitter.
Firma internet berpengkalan di San Francisco itu kemudian memuat naik ciapan memaklumkan akaun Dorsey telah kembali pulih dan tiada petunjuk mengatakan sistem Twitter terjejas.
Dalam pada itu, platform berkenaan dibanjiri komen mempersoalkan mengapa pengasas bersama Twitter itu tidak menggunakan pengesahan dua-faktor, di mana pengguna mengesahkan akaun menerusi perkhidmatan luar.
Insiden terbabit dikatakan petunjuk membimbangkan apabila Twitter gagal melindungi keselamatan akaun ketua eksekutifnya sendiri.
Astro Awani
Sat Aug 31 2019
Twitter memaklumkan akaun milik Ketua Pegawai Eksekutifnya, Jack Dorsey (gambar) telah digodam. -Gambar fail
Mahasiswa harus bina rangkaian di universiti untuk persediaan ke alam pekerjaan
Rangkaian yang besar itu boleh digunakan setelah mereka menamatkan alam universiti untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang.
LFL perlu adil dalam sebarang pertikaian, layan semua pihak sama rata - Presiden NPC
LFL digesa perlu sentiasa bersikap adil dalam sebarang pertikaian dan melayan semua pihak dengan sama rata.
PRK KKB: Keputusan diramal kekal dimenangi penyandang
Sivamurugan berkata, ia banyak ditentukan mengikut situasi yang bakal berlaku dalam tempoh lima hari terakhir dan peratusan keluar mengundi kelak.
'Saya perlu dapatkan semula keyakinan diri' - Zii Jia
Lee Zii Jia mengakui perlu mendapatkan semula keyakinan diri selepas tewas kepada nombor satu dunia Viktor Axelsen semalam.
Selangor sasar noktah miskin tegar Julai ini - MB
Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Selangor merekodkan sejumlah 861 keluarga masih berada dalam kategori miskin tegar.
Mesir-Perancis bincang gencatan senjata, bantuan kemanusiaan di Gaza
Mereka menekankan keperluan segera untuk gencatan senjata dan membincangkan beberapa inisiatif yang bertujuan menyelesaikan krisis tersebut.
Kitaro di Festival Muzik Hutan Hujan Dunia 2024
Kitaro bakal membuat persembahan pada Festival Muzik Hutan Hujan Dunia (RWMF) 2024 pada 28-30 Jun ini.
PH kerja keras pertahan DUN KKB, tidak mahu berasa selesa
Walaupun berjaya menguasai kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) selama tiga penggal sejak 2013, namun ia bukanlah tiket untuk Pakatan Harapan (PH) berasa selesa.
MDKpr nafi curi haiwan ternakan dalam kandang
Ahmad Suqairy berkata haiwan itu ditangkap dalam operasi oleh Bahagian Penguatkuasaan MDKpr pada 23 Apr lalu di kawasan Kolej TAR.
488 acara dipertandingkan di SUKMA Sarawak 2024 - MSN
Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (SUKMA) secara rasmi bersetuju menawarkan sejumlah 488 acara dipertandingkan pada temasya SUKMA Sarawak 2024.
Akaun CEO Twitter digodam
Beberapa ciapan turut mengandungi tanda pagar #ChucklingSquad yang dipercayai milik kumpulan penggodam.