Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memproses lebih 600 kes peminjam PTPTN yang mempunyai masalah pembayaran balik sejak Februari 2016.
Menurut Pengurus Besarnya, Azman Hasim, pada masa sama jumlah individu yang mendapatkan khidmat nasihat AKPK secara keseluruhan meningkat tiga peratus tahun ini.
Beliau menjelaskan, antara sebab peningkatan ini adalah promosi dan pemahaman peranan AKPK yang semakin meningkat.
Katanya, individu berkenaan memohon bantuan kaunseling susulan pengurusan kewangan yang lemah.
"Mengikut statistik AKPK, hampir 51 peratus daripada mereka (yang menyertai kajian) menyatakan sebab mereka tidak mampu bayar pinjaman kerana lemah merancang kewangan," kata Azman.
Mengulas mengenai kerjasama dengan PTPTN, beliau berkata kebanyakan peminjam muda berasa tertekan sebaik sahaja mereka mula berhutang.
"Seperti semua hutang, apabila pinjaman dibuat kita patut sedar akan tanggungjawab untuk membayar balik. Jika peminjam dapat mengurus kewangan dengan baik, ia tidak akan memberi tekanan.
"Jika peminjam menghadapi masalah mengurus kewangan dan tidak mampu membayar balik hutang, ia akan sedikit sebanyak beri tekanan," katanya.
Sehingga kini, AKPK telah membantu 450,000 individu yang mendapatkan khidmat kaunseling pengurusan kewangan.
Daripada jumlah itu, 150,000 individu memasuki Program Pengurusan Kredit (PPK).
Sejumlah 11,000 individu berjaya menyelesaikan hutang di bawah PPK bernilai RM437 juta.
Pritha Manivannan
Fri Aug 05 2016
Individu memohon bantuan kaunseling susulan pengurusan kewangan yang lemah. -Gambar hiasan
MUDA dan PSM umum tidak bertanding
Parti Muda dan PSM umum tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei depan.
18 negara tuntut pembebasan warga ditahan Hamas
Pemimpin 18 negara menuntut agar Hamas membebaskan tahanan yang berada dalam jagaan mereka yang kini telah melepasi 200 hari.
Rampasan dadah bernilai RM10.1 juta dari Januari hingga Mac
Polis Kuala Lumpur rampas pelbagai jenis dadah bernilai RM10.1 juta sepanjang tiga bulan pertama tahun ini.
SPR lakukan persiapan akhir
SPR giat melakukan persiapan akhir bagi memastikan proses penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu esok berjalan lancar.
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
88 peratus pilih moratorium - AKPK
Daripada jumlah yang memilih moratorium itu, 48 peratus atau 1,124 responden mahu mewujudkan simpanan waktu kecemasan.
Pasca moratorium: AKPK sedia beri khidmat nasihat bayar semula hutang
Agensi itu bersedia membantu mereka yang masih terkesan dari segi kewangan apabila pelaksanaan moratorium tersebut tamat pada 30 Sept ini.
MAPS tutup: 265 pekerja akan dapat pampasan
Seramai 265 pekerja berstatus tetap dan kontrak yang diberhentikan serta-merta susulan notis penutupan taman tema MAPS akan diberi pampasan.
64,632 rakyat Malaysia bankrap sejak lima tahun lepas
Jabatan Insolvensi Malaysia berkata seramai 64,632 rakyat Malaysia berusia antara 18 hingga 44 tahun telah diisytiharkan bankrap sejak lima tahun lepas.
Bank, AKPK akui isu bankrap perlu diberi lebih perhatian - Azalina
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said bincang meja bulat antara bank-bank komersial, Bank Negara Malaysia, AKPK.
BNM tingkat inisiatif celik kewangan rakyat Malaysia
Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus meningkatkan inisiatif celik kewangan bagi mempertingkatkan tahap kemahiran kewangan pengguna di Malaysia.
AKPK proses lebih 600 kes peminjam PTPTN sejak Februari
Menurut Pengurus Besarnya, Azman Hasim, pada masa sama jumlah individu yang mendapatkan khidmat nasihat AKPK secara keseluruhan meningkat tiga peratus tahun ini.
BNM akan selaraskan kriteria pinjaman perumahan
BNM) akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan industri perbankan bagi menyelaras kriteria meluluskan pembiayaan perumahan dan meningkatkan kemampuan pemohon.
Kadar individu dengan masalah kewangan masih terkawal
Kadar individu yang berdepan dengan masalah kewangan dan sukar membayar hutang masih berada pada tahap terkawal.
AKPK alternatif penyelesaian hutang
Bank Negara mewujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)sebagai alternatif penyelesaian hutang. Ikuti laporan khas Najib Mat Aroff.