awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aladdinstreet.com sasar raih US$50 juta dalam tempoh enam bulan

Bernama
Bernama
05/04/2017
14:32 MYT
Aladdinstreet.com sasar raih US$50 juta dalam tempoh enam bulan
Aladdinstreet.com turut menandatangani perjanjian dengan Manchester United sebagai rakan global eksklusif kelab itu untuk tempoh lima tahun akan datang.
Aladdinstreet.com menyasarkan untuk meraih US$50 juta dalam tempoh enam bulan akan datang untuk memperluaskan perniagaannya di peringkat global serta meningkatkan promosi dan pengiklanannya, kata Pengasas Bersama dan Presiden Datuk Seri Desmond To.
Beliau berkata pada masa ini, pasaran dalam talian Halalan Toyyiban telah meraih US$5 juta dengan pelabur dari Singapura, Hong Kong, Eropah, Jepun, Timur Tengah, China dan Amerika Syarikat.
"Pelan pengembangan yang meliputi 40 buah negara itu akan dilaksanakan dalam dua fasa dengan fasa pertama sebanyak 30 negara dalam tempoh 18 bulan, menyediakan kemasukan kira-kira empat bilion pelanggan," katanya kepada pemberita di luar Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (Mihas) 2017, di sini hari ini.
"Fasa kedua akan disusuli selepas itu dan akan melibatkan 10 buah lagi negar dalam tempoh enam bulan," katanya.
Aladdinstreet.com turut menandatangani perjanjian dengan Manchester United (kelab bola sepak Inggeris) sebagai rakan global eksklusif kelab itu untuk tempoh lima tahun akan datang.
"Kami adalah sebuah syarikat yang agak baharu dan untuk berdaya saing dalam e-dagang, kami perlu mempunyai kelebihan dan bekerjasama dengan jenama global seperti Manchester United yang akan memberi kami kelebihan itu," katanya, sambil menambah kerjasama itu juga akan membolehkan syarikat mencapai peminat kelab itu di seluruh dunia.
Aladdinstreet.com turut menjalin kerjasama dalam bidang sukan lain, seperti kriket di Pakistan dan India, serta badminton di China, katanya.
Jika semuanya berjalan seperti dirancang, syarikat akan menyaksikan penyenaraian di Bursa Saham New York menjelang 2020. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aladdinstreet.com
#iklan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan