BISNES
Ali Maju Bistro, ‘port’ lepak santai penuh kemeriahan

Jawahar Ali (foto) terjun ke dalam bidang F&B 31 tahun lalu dan kini memiliki 23 cawangan restoran namun, masih mengekalkan misi utama menawarkan makanan lokal dengan harga berpatutan serta restoran berkonsepkan ‘port’ berkumpul. -Foto Astro
KUALA LUMPUR: Nama Ali Maju Bistro tidak asing lagi dalam kalangan pengunjung restoran mamak, terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.
Ringkasan AI
- Ali Maju Bistro, yang telah beroperasi lebih 31 tahun di Lembah Klang, terkenal dengan suasana santai dan hidangan seperti naan keju, tomyam, dan ayam tandoori, serta menekankan kebersihan dan bahan berkualiti.
- Pemiliknya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, memulakan perniagaan F&B pada 1994 dan kini memiliki sekitar 23 cawangan, dengan sokongan teknologi seperti Astro BizOne dan WiFi pantas untuk menarik pelanggan, khususnya peminat sukan.
- Pelanggan tetap memuji suasana mesra keluarga dan kemudahan menonton perlawanan bola sepak secara langsung di skrin besar, menjadikan Ali Maju Bistro pilihan popular untuk bersantai dan menjamu selera.
Pemilik restoran rangkaian Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkongsi pengalamannya yang mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1994 sebelum berpeluang melibatkan diri dalam industri makanan dan minuman (F&B), sehingga mampu membuka kafe pertamanya di Kementerian Dalam Negeri (KDN).
“Alhamdulillah, bila berhijrah ke Kuala Lumpur, dapat menceburi bidang perniagaan F&B, saya rasa perlu buat penambahbaikan dan perubahan dalam bidang perniagaan ini.
“Tahun 1994 saya ada satu kafe, hari ini dah ada sekitar 23 cawangan Ali Maju di sekitar Lembah Klang. Alhamdulillah,” katanya ketika ditemu bual di salah satu cawangan Ali Maju Bistro di Sri Rampai.
Katanya, kebersihan yang baik serta penggunaan bahan-bahan berkualiti menjadi faktor utama bagi memastikan orang ramai dapat menikmati pelbagai juadah panas seperti tomyam, bihun goreng, dan ayam tandoori dengan harga berpatutan tetapi rasa bertaraf tinggi.
Sementara itu, beliau turut berkongsi pengalaman menjadi salah sebuah restoran yang mendaftar dengan pakej Astro BizOne.
Menurutnya, 23 cawangan Ali Maju Bistro di sekitar Lembah Klang kini dilengkapi dengan saluran Astro BizOne, khas untuk para pelanggan, terutamanya penggemar rancangan sukan seperti bola sepak dan program hiburan semasa.
“Semua premis Ali Maju memang kita adakan Astro punya channel dengan wifi dan wifi ni orang kata pasti kencang dan terbaik.
"Dan lagi satu juga, dalam isu halal haram, contoh macam penggunaan channel yang salah, kami tidak mahu pasang live tiba-tiba kena block (sekat), jadi kami memilih Astro BizOne yang sudah semestinya berkualiti tinggi,” tambahnya.
Sementara itu, beberapa pelanggan tetap berkongsi pengalaman berkunjung ke restoran tersebut.
Bagi Safian Zainuddin, pengalaman menonton perlawanan bola sepak secara langsung di skrin besar dengan tontonan lancar, disahut kemeriahan sorakan penonton menggamit suasana seakan berada di stadium bola sepak.
“Apabila ada game, selalunya EPL dari pukul 7.30 malam sampailah 1.30 pagi, sampai kedai nak tutup barulah saya balik.
"Tempat inilah saya selalu datang sebab senang fokus dekat TV besar, jadi setiap kali EPL memang saya tak terlepas dan akan datang tonton di Ali Maju,” kata Safian.
Menurut Mohamad Hamizul pula, faktor yang membuat dia kembali ke restoran itu adalah kerana suasana mesra keluarga yang ditawarkan.
“Bawa anak-anak ni convenient (mudah) sebab tempat selesa. Pesan makanan pun senang sebab cepat sampai.
"Jadi tak perlu nak susah-susah sangat nak handle (jaga) anak-anak sebab tempat selesa," katanya.
Astro Bizone Rewards memberi peluang eksklusif kepada pemilik F&B yang melanggan untuk mengangkat jenama perniagaan ke tahap lebih tinggi melalui liputan istimewa di platform berprestij, Astro AWANI.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami