awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ALR muktamadkan pengambilalihan LITRAK, SPRINT, KESAS dan SMART

Bernama
Bernama
13/10/2022
14:45 MYT
ALR muktamadkan pengambilalihan LITRAK, SPRINT, KESAS dan SMART
Pengambilalihan semua saham empat syarikat lebuh raya - KESAS, SPRINT, LITRAK and SMART oleh Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) telah selesai. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Pengambilalihan semua saham empat syarikat lebuh raya - KESAS, SPRINT, LITRAK and SMART oleh Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) telah selesai.
Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK), Gamuda Bhd dan Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS) dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata perjanjian jual dan beli saham (SSPA) menjadi tidak bersyarat pada 13 Okt, 2022, susulan penunaian syarat duluan yang ditetapkan dalam setiap SSPA berkenaan dengan setiap pelupusan.
Syarikat pegangan konsesi itu berkata setiap pelupusan selesai pada 13 Okt, 2022 mengikut terma dan syarat setiap SSPA.
Pada tarikh perjanjian itu selesai, menurut terma dan syarat setiap SSPA, Gamuda, LITRAK dan KPS, sebagai syarikat pegangan konsesi KESAS, SPRINT dan LITRAK, masing-masing menerima sebanyak RM4.26 bilion, RM3.07 bilion dan RM863 juta daripada ALR.
Jumlah yang diterima oleh setiap kumpulan berasaskan kepada saham yang mereka pegang dalam konsesi.
Berkaitan dengan penjualan SMART, Gamuda berkata ALR membayar nilai ekuiti bersamaan dengan RM1 kepada SMART Holdings pada tarikh ia diselesaikan.
"ALR juga membayar sepenuhnya, jumlah penebusan RM316 juta ke akaun bank yang disediakan oleh ejen kemudahan/sekuriti di bawah terma kemudahan sukuk pada tarikh ia selesai," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amanat Lebuhraya Rakyat
#pengambilalihan saham
#syarikat lebuh raya
#LITRAK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan