awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
X sekat Grok daripada sunting imej dedah tubuh selepas tekanan global
Jangan ajar kami sopan kalau kamu tidak sopan - Akmal tegur sikap DAP
Lagi insiden kren runtuh di Thailand, dua maut di Samut Sakhon
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

AmBank turun kadar asas standard, pinjaman berkuat kuasa 14 Julai

Bernama
Bernama
11/07/2025
08:04 MYT
AmBank turun kadar asas standard, pinjaman berkuat kuasa 14 Julai
AmBank akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR).
KUALA LUMPUR: AMMB Holdings Bhd (AmBank) akan menurunkan Kadar Asas Standard (SBR), Kadar Pinjaman Asas/Kadar Pembiayaan Asas (BLR/BFR) dan Kadar Asas (BR) berkuat kuasa 14 Julai, 2025.

Ringkasan AI
  • Bermula 14 Julai 2025, SBR dikurangkan kepada 2.75%, BLR/BFR kepada 6.45%, dan BR kepada 3.60%.
  • Untuk pinjaman RM350,000 selama 30 tahun tanpa tempoh penguncian, kadar faedah berkesan ialah 4.0% setahun (SBR 1.25%).
  • Pelanggan boleh hubungi AmBank melalui talian 03-2178 8888 atau emel [email protected] untuk pertanyaan lanjut.

Dalam satu notis di laman sesawangnya, AmBank berkata SBR akan dikurangkan daripada 3.0 peratus setahun kepada 2.75 peratus, manakala BLR/BFR akan disemak daripada 6.70 peratus kepada 6.45 peratus.
Katanya, BR akan disemak daripada 3.85 peratus kepada 3.60 peratus.
"Bagi tujuan illustrasi dan tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa, kadar faedah atau keuntungan berkesan untuk pinjaman 30 tahun atau pembiayaan RM350,000 tanpa tempoh penguncian ialah 4.0 peratus setahun (SBR+1.25 peratus)," kata AmBank.
Pelanggan boleh menghubungi pusat hubungan bank di talian 03-2178 8888 dari 7 pagi hingga 11 malam atau emel [email protected] bagi mendapatkan bantuan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#ambank
#kadar asas standard
#turut faedah
#kadar pinjaman asas
#OPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan