awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amirul Feisal dilantik Pengarah Urusan baharu Khazanah

Bernama
Bernama
29/06/2021
04:27 MYT
Amirul Feisal dilantik Pengarah Urusan baharu Khazanah
Amirul adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd dan sebelum itu menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd telah melantik Datuk Amirul Feisal Wan Zahir sebagai Pengarah Urusannya, berkuat kuasa 16 Julai, 2021.
Dalam satu kenyataan hari ini, Khazanah berkata Amirul bakal menggantikan Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang akan melepaskan jawatan tersebut apabila kontrak beliau tamat kelak bagi menumpukan perhatian kepada urusan peribadi.
"Lembaga Pengarah Khazanah mengalu-alukan pelantikan Amirul dan yakin berdasarkan kepakaran dan pengalaman beliau, Khazanah akan terus maju dalam usaha menyampaikan mandat yang diberikan.
"Lembaga Pengarah turut menyampaikan penghargaan kepada Shahril atas jasa dan sumbangan beliau sepanjang berkhidmat sebagai pengarah urusan, terutamanya kejayaan beliau mengetuai pelaksanaan strategi yang telah menyaksikan Khazanah berada dalam kedudukan kukuh serta mampu mengharungi persekitaran yang serba mencabar akibat penularan pandemic Covid-19," katanya.
Ia menambah Amirul adalah Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd dan sebelum itu menjawat jawatan Pengarah Urusan Kumpulan Chemical Company of Malaysia Bhd.
[TERKINI] Amirul Feisal dilantik Pengarah Urusan baharu Khazanah
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Amirul Feisal Wan Zahir
#pengarah urusan
#Khazanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan