awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat MESB dapat lesen jenama 'Crocodile'

Bernama
Bernama
08/01/2018
09:21 MYT
Anak syarikat MESB dapat lesen jenama 'Crocodile'
Perjanjian Perlesenan itu merangkumi kerja-kerja rekaan, pengeluaran, pengiklanan, pengedaran, penjualan serta promosi produk-produk pakaian dan pakaian dalam lelaki berjenama Crocodile. - Facebook/Crocodile
Anak syarikat milik penuh MESB Bhd, Miroza Leather (M) Sdn Bhd, telah memeterai Perjanjian Perlesenan dengan Crocodile International Sdn Bhd (CISB), bagi membolehkan syarikat itu menggunakan secara eksklusif jenama 'Crocodile' di Malaysia.
MESB dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, berkata lesen itu bertempoh dua tahun dan 11 bulan mulai 1 Feb 2018 sehingga 31 Dis 2020.
Ia merangkumi kerja-kerja rekaan, pengeluaran, pengiklanan, pengedaran, penjualan serta promosi produk-produk pakaian dan pakaian dalam lelaki berjenama Crocodile.
"Miroza perlu membayar royalti kepada CISB berdasarkan kepada jualan bersih atau satu jumlah tetap, yang mana lebih tinggi.
"Perjanjian ini akan mempunyai kesan penting ke atas pendapatan dan aset bersih syarikat dan kumpulan syarikatnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2018 dan seterusnya, sepanjang tempoh lesen," kata MESB. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Crocodile brand
#Crocodile International
#MESB
#Miroza Leather
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan