awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak syarikat Ranhill Utilities peroleh kontrak bernilai AS$27 juta dari syarikat milik Brazil

Astro Awani
Astro Awani
15/11/2022
05:15 MYT
Anak syarikat Ranhill Utilities peroleh kontrak bernilai AS$27 juta dari syarikat milik Brazil
Penganugerahan ini mengukuhkan lagi kedudukan Ranhill Worley sebagai pembekal terkemuka bagi perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk kemudahan minyak dan gas, dalam membentuk masa hadapan yang mampan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ranhill Worley Sdn Bhd dianugerahkan kontrak bernilai RM124 juta (AS27 juta) dari Sembcorp Marine Integrated Yard Pte Ltd.
Anak syarikat Ranhill Utilities Bhd itu dianugerahkan kontrak pada 4 November lalu untuk menyelenggara, menyimpan dan melancarkan P-82 iaitu sebuah pelantar minyak yang dimiliki oleh Petroleo Brasileiro S.A (Petrobras) sebuah syarikat minyak dan gas milik kerajaan Brazil.
"Skop kerja ini termasuk untuk melaksanakan keperluan minimum bagi melaksanakan perkhidmatan kejuruteraan reka bentuk secara terperinci, kerja-kerja kejuruteraan susulan dan sokongan perolehan untuk projek P80 FPSO Topside.
"Kontrak untuk projek ini akan dilaksanakan oleh ibu pejabat Ranhill Worley di Kuala Lumpur," kata Ranhill dalam satu kenyataan pada Selasa.
Penglibatan Ranhill Worley membolehkan P-82 memanfaatkan keberkesanannya dalam memberi nilai tambah kepada reka bentuk kemudahan pelantar luar pesisir tersebut dengan menggunakan kepakaran dan jangkauan global yang dimiliki oleh Worley.
Ini termasuk gabungan kejuruteraan pelbagai disiplin di Ranhill Worley dengan pejabat Worley di Rio de Janeiro untuk keperluan pematuhan kawal selia oleh kerajaan Brazil, keperluan penglibatan kepakaran tempatan dan juga pematuhan kepada pensijilan global. Sokongan yang diberikan oleh Worley adalah termasuk kepakaran dalam aplikasi teknologi dan pendigitalan.
"Penganugerahan ini mengukuhkan lagi kedudukan Ranhill Worley sebagai pembekal terkemuka bagi perkhidmatan kejuruteraan dan reka bentuk kemudahan minyak dan gas, dalam membentuk masa hadapan yang mampan," katanya lagi.
Pelantar pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FPSO) P-82 ini adalah merupakan FPSO tercanggih dan akan menjadi salah satu pelantar terbesar yang akan digunakan di medan Buzios, medan minyak dan gas air ultra, yang meliputi kawasan seluas 853 km² di Lembangan Santos, kira-kira 180 km dari pantai Rio de Janeiro, Brazil.
Topic Berkaitan
#Ranhill Utilities Bhd
#Ranhill Worlye Sdn Bhd
#kontrak
#Sembcorp Marine Integrated Yard
#pelantar minyak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan