Negara-negara anggota ASEAN tidak harus mengabaikan tanggungjawab mengenai isu diplomasi keselamatan serantau ketika berusaha untuk mengejar kepentingan negara sendiri.
Demikian menurut seorang penganalisis Keselamatan Maritim yang berpangkalan di Singapura, Benjamin Ho kepada Bernama, baru-baru ini.
"Ketika keutamaan negara tidak boleh diabaikan demi kesejahteraan serantau begitu juga ia tidak harus mengatasi kepentingan utama, lebih-lebih lagi jika hasil jangka panjang terpaksa dikorbankan demi ganjaran untuk jangka pendek," katanya.
Beliau berkata ketika China dan Amerika Syarikat semakin menunjukkan minat mereka terhadap kawasan ASEAN yang merangkumi 600 juta penduduk, mungkin akan terdapat keperluan kumpulan ini memilih antara kedua-dua kuasa besar ekonomi berkenaan.
Ia akan menjadi pilihan yang akan memberi kesan dinamik intra-ASEAN dan perpaduannya, katanya.
"Bagi ASEAN untuk kekal fokus, ia perlu berhujah bagi meyakinkan bahawa kepentingan Beijing akan dijaga jika China tidak cuba untuk memaksa secara unilateral mengenai cita-citanya untuk menguasai wilayah dan ia sebaliknya perlu terus mengiktiraf usaha secara sah negara-negara ASEAN.
"Begitu juga, sebaliknya Washington juga perlu diyakinkan, memandangkan cabaran fiskalnya bahawa negara itu perlu terus bertahan di Pasifik dan tidak membiarkan saingan dari bahagian-bahagian lain di dunia (Timur Tengah, Rusia) untuk mengalih perhatiannya dari rantau ini," katanya.
Dalam erti kata lain, Ho berkata, China dan Amerika Syarikat akan mendapat banyak manfaat dari rantau ini jika mereka boleh melibatkan diri untuk melaksanakan sekatan strategik dalam hubungan dua hala dan menahan diri daripada memisah dan memecahbelahkan ASEAN.
"Bagi pihak ASEAN, negara anggota perlu dilihat oleh kuasa besar sebagai kumpulan yang bersatu padu dan memberi pandangan secara kolektif," katanya.
Ho, yang juga Felo Penyelidik Bersekutu di Institut Pengajian Pertahanan dan Strategik Universiti Teknologi Nanyang Singapura, berkata dalam tempoh antara lima hingga sepuluh tahun lagi, keadaan akan menjadi lebih genting dalam usaha ASEAN untuk mewujudkan komuniti ASEAN yang saling mempercayai.
Memandangkan terdapat peningkatan perbelanjaan pertahanan dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN, Ho berkata pengamal pertahanan sewajarnya membelanjakan sumber dengan betul bagi memastikan wang berkenaan digunakan dengan sebaiknya.
Ini perlu dilakukan, terutamanya dalam bidang-bidang seperti Bantuan Kemanusiaan dan Bencana (HADR) dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan kapasiti serta keupayaan ketenteraan yang boleh dipantau, katanya.
Dianggarkan bahawa perbelanjaan pertahanan dalam kalangan 10 negara anggota kumpulan ini meningkat 147 peratus kepada US$35.5 bilion pada 2013 daripada US$14.4 bilion pada 2004.
Ho berkata keupayaan ASEAN untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam HADR dan SAR misalnya, akan mencerminkan peranan ASEAN yang semakin meningkat dan matang dengan keutamaan antarabangsa menjadi semakin penting.
"Untuk mereaslisasikan ASEAN sebagai pusat dan bukan sekadar slogan politik kosong, Komuniti Keselamatan ASEAN perlu mengotakan janji mereka untuk menjaga masa depan rantau ini," katanya.
Ketika ditanya mengenai isu paling utama bagi ASEAN untuk ditangani kini, Ho berkata ia meliputi isu-isu keselamatan bukan tradisional seperti jerebu dan keganasan termasuk ancaman Negara Islam.
Bernama
Sun Aug 02 2015
Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Othman Hashim (keenam dari kiri) bergambar bersama-sama delegasi antarbangsa yang menyertai mesyuarat ASEAN di Kuala Lumpur. - Gambar Bernama
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Video konvoi tentera Rusia di lebuh raya Syria tular
Rakaman video konvoi besar kenderaan tentera Rusia dengan sebahagiannya membawa bendera negara itu menuju ke utara Syria tular di media sosial.
AS umum pakej bantuan ketenteraan US$500 juta untuk Ukraine
Amerika Syarikat mengumumkan pakej bantuan ketenteraan baharu bernilai US$500 juta untuk Ukraine bagi menyokong usaha pertahanan negara itu dalam menghadapi serangan berterusan Rusia.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
AS gesa kumpulan pembebasan Syria sokong kerajaan peralihan inklusif
Perbincangan menekankan bahawa HTS tidak seharusnya mengambil alih kepimpinan secara automatik.
‘Tangan ghaib’ mahu tukar rejim Syria agar tidak ganggu kepentingan Israel, AS - Pakar
Tumbangnya rejim Bashar al-Assad di Syria adalah usaha terancang untuk mendirikan sebuah kerajaan baharu yang tidak mengganggu kepentingan Amerika Syarikat dan Israel di rantau berkenaan.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.
Konflik Syria: Pasukan pembebas mara ke barat Deir ez-Zor
PENTADBIRAN Hal Ehwal Ketenteraan kumpulan pembebas Syria memaklumkan pasukan itu sedang mara di kawasan pedalaman barat Deir ez-Zor.
Amerika tidak seharusnya terlibat dengan peperangan di Syria - Donald Trump
Donald Trump berpendapat, Amerika tidak seharusnya terlibat dalam apa sahaja peranan dengan Syria yang sedang bergolak ketika ini.
Manchester City buka kempen Piala Dunia Kelab berdepan Wydad AC
Piala Dunia Kelab, yang menampilkan pasukan terkemuka dari seluruh dunia, akan diadakan di 12 stadium seluruh AS dari 14 Jun hingga 13 Julai.