awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APEC 2024: Laporan ABAC jadi input penting perbincangan dasar - PM Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/11/2024
11:34 MYT
APEC 2024: Laporan ABAC jadi input penting perbincangan dasar - PM Anwar
Laporan Tahunan ABAC itu diterima Perdana Menteri daripada Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam selepas mempengerusikan mesyuarat pra-majlis sejurus tiba di Lima. - Foto FB Anwar Ibrahim
LIMA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan meneliti Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC) dengan sebaiknya sebagai input penting dalam siri perbincangan dasar sepanjang Minggu Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) di sini.
Laporan itu diterima beliau daripada Pengerusi ABAC Malaysia, Datuk Ruben Emir Gnanalingam selepas mempengerusikan mesyuarat pra-majlis sejurus tiba di sini dari Kaherah, Mesir.
“Laporan ini mengandungi aspirasi sektor perniagaan di Ekonomi Asia Pasifik kepada para Pemimpin Ekonomi APEC, dengan tujuan menyokong pertumbuhan inklusif yang memberi manfaat kepada rakyat, memperkukuh daya saing perniagaan, dan meningkatkan kemakmuran serantau,” kata beliau menerusi perkongsian di media sosial.
Pada 15 November, Perdana Menteri dijadual menyertai Dialog Pemimpin Ekonomi APEC bersama ABAC.
Selain Ruben selaku moderator, ia akan turut disertai Presiden Vietnam, Lurong Churong bersama-sama wakil ABAC dari Vietnam, Kanada, Papua New Guinea dan Rusia.
Topic Berkaitan
#APEC 2024
#Anwar Ibrahim
#Laporan Tahunan Majlis Penasihat Perniagaan APEC
#Lima
#Peru
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan