awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Artikel babitkan Peter Bellew salah, mengelirukan - Khazanah

Bernama
Bernama
18/10/2017
05:32 MYT
Artikel babitkan Peter Bellew salah, mengelirukan - Khazanah
Khazanah menyifatkan artikel mendakwa cabang pelaburan kerajaan itu campur tangan adalah salah dan mengelirukan.
Khazanah Nasional Bhd menyifatkan artikel oleh sebuah akhbar harian bahawa ia (Khazanah) campur tangan sehingga menyebabkan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines Peter Bellew meninggalkan syarikat penerbangan itu, sebagai salah dan mengelirukan.
Dalam satu kenyataan Khazanah berkata artikel bertajuk 'Khazanah meddling led to Bellew exit?' yang disiarkan pada Selasa, merupakan spekulasi dan berdasarkan sumber yang tidak dinamakan.
“Ia salah dan mengelirukan,” kata Khazanah.
Dalam kenyataan itu Khazanah berkata Lembaga Pengarah dan pengurusan Malaysia Airlines, telah mengemukakan pelan utamanya kepada Khazanah, sebagai pemegang saham tunggal dan pembiaya penstrukturan semula itu.
“Secara kolektifnya, kami bekerjasama rapat bagi menjayakan penstrukturan semula itu sehingga hari ini,” katanya.
Khazanah juga menjelaskan bahawa tiada pegawai Khazanah dihubungi untuk memberi ulasan sebelum penyiaran artikel spekulatif terbabit.
Cabang pelaburan kerajaan itu itu berkata ia mematuhi rangka kerja kelulusan dan tadbir urus yang digariskan kerajaan menerusi Pelan Pemulihan MAS yang dikeluarkan pada 29 Ogos, 2014 dan Akta 2015 Malaysian Airline System Berhad (Pentadbiran) (Akta MAS 2015”), bagi penstrukturan semula Malaysia Airlines.
-- Bernama
Topic Berkaitan
#CEO
#Khazanah
#Malaysia Airlines
#peter bellew
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan