Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 November 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 November 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 November 2026.

  1. 'Rombakan Kabinet? Masih awal' - PM Anwar

    Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa rombakan Kabinet tidak akan dilakukan dalam masa terdekat.

  2. Dakwaan laman web digodam, SPR bekerjasama dengan MCMC

    Pihak SPR masih belum menerima laporan penuh berhubung perkara berkenaan.

  3. Penyanyi dikir barat Kelantan Jen Endoro meninggal dunia

    Jen Endoro merupakan penyanyi dikir barat sejak tahun 1970-an yang terkenal dengan lagu Mariani, Bakpo Tok Royak Demo Bini Ore, Masliza, Anak Siapa Hok Lalu Tadi dan Jangan Ceroboh Hutan.

  4. “Sebaik-baiknya bukan rombakan Kabinet, tapi bubar Parlimen” - Ahmad Zahid

    Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan tiada keperluan untuk rombakan Kabinet, sebaliknya mencadangkan pembubaran Parlimen bagi memberi mandat baharu kepada rakyat.

  5. Perintah pelepasan muktamad, Najib jalani tahanan rumah sehingga Ogos 2028 - Mahkamah Tinggi

    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengesahkan perintah pelepasan Datuk Seri Najib Razak selepas bayaran denda, membolehkan beliau menjalani tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.

  6. Loke letak jawatan Menteri Pengangkutan serta-merta

    Keputusan itu diambil selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tiba di kediamannya untuk menjalani perintah tahanan rumah,di kediamannya di Langgak Duta di ibu negara hari ini.

  7. Diiringi konvoi penjara dan polis, Najib tiba di kediaman Langgak Duta 9.30 malam

    Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di kediaman peribadinya di No. 11, Jalan Langgak Duta, Taman Duta tepat jam 9.30 malam Selasa bagi memulakan pelaksanaan hukuman tahanan di rumah.

  8. Abang Johari anggap semua 82 kerusi ditandingi GPS mewakili dirinya

    Kesemua 82 kerusi yang ditandingi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 dianggap sebagai mewakili Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dalam kapasiti beliau sebagai pengerusi gabungan itu.

  9. "Selamat maju jaya di pentas Eurovision Song Contest Asia, terbang tinggi Aina!" - PM

    Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menitipkan kata-kata semangat kepada penyanyi Aina Abdul yang mewakili Malaysia berentap di pentas sulung Eurovision Song Contest Asia 2026 di Bangkok, Thailand pada 14 Nov ini.

  10. UMNO sedia buka maklumat kutipan RM50 juta bayar denda Najib - Ahmad Zahid

    UMNO bersedia membuka semua maklumat terperinci berhubung kutipan sumbangan RM50 juta yang digunakan bagi membayar denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Must Watch Video

Advertisement