awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masjid Jamek Cina Muslim Klang tarik 55,000 pengunjung, tingkat pelancongan Islam
Venezuela bebaskan lebih 30 tahanan termasuk aktivis
Rose, Bruno Mars buka Anugerah Grammy dengan persembahan bertenaga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan ditingkat - PNB

Bernama
Bernama
26/06/2023
06:06 MYT
ASB, ASB 2, ASM tarik tambahan RM3.5 bilion selepas had pelaburan ditingkat - PNB
Had pelaburan ASB dan ASB 2 telah dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 bermula 1 April 2023. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Peningkatan had pelaburan bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB), Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2) dan Amanah Saham Malaysia (ASM) telah menyumbang penambahan sebanyak RM3.5 bilion dalam tempoh tiga bulan lepas.
Presiden dan Ketua Eksekutif kumpulan Permodalan Nasional Bhd Ahmad Zulqarnain Onn berkata angka itu diramalkan meningkat antara RM3 bilion dan RM5 bilion menjelang akhir tahun ini.
"Sejak had dana itu ditingkatkan, terdapat RM3.5 bilion wang baharu dalam tempoh tiga bulan lepas dengan 30 peratus adalah daripada pemegang unit bumiputera," katanya dalam taklimat kepada media di sini hari ini.
Ahmad Zulqarnain berkata peningkatan dana itu disumbangkan oleh kira-kira 96,000 pemegang unit.
Had pelaburan ASB dan ASB 2 telah dinaikkan kepada RM300,000 berbanding RM200,000 bermula 1 April 2023, manakala saiz dana bagi ASM turut ditingkatkan sebanyak RM5 bilion bermula 1 Mei 2023.
ASB, ASB 2 dan ASM ditawarkan oleh Amanah Saham Nasional Bhd, syarikat pengurusan unit amanah milik penuh PNB.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan tambahan
#PNB
#ASB
#Ahmad Zulqarnain Onn
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan