SEPANG: Asia Digital Engineering (ADE), cabang kejuruteraan Capital A (dahulunya dikenali sebagai AirAsia Group Berhad), mengumumkan pembangunan kemudahan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih pesawat (MRO) dengan keluasan binaan lebih 380,000 kaki persegi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Kemudahan kejuruteraan itu akan dibangunkan di atas tapak seluas 20.25 ekar yang terletak dalam Zon Sokongan Aeronautik KLIA 1 (ASZ 1) di bawah pembangunan Aeropolis KLIA Malaysia Airports.
Pembangunan ini akan bermula pada pertengahan tahun 2022 dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.
Apabila siap dibina, kemudahan baharu itu akan dapat menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan berat untuk sehingga 14 buah pesawat komersial pada satu-satu masa, lengkap dengan bengkel komponen khusus dan pusat pembangunan produk digital, menjadikan ADE penyedia perkhidmatan MRO terbesar di Malaysia dan salah satu yang terbesar di rantau ini.
Majlis pertukaran dokumen antara Mahesh Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif ADE dan Randhill Singh, Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd yang disaksikan oleh Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif Capital A dan Tan Sri Tony Fernandes, Ketua Pegawai Eksekutif Capital A telah berlangsung di Pertunjukan Udara Singapura 2022 pada Selasa.
BACA: Singapore Airshow pamer 600 penyertaan pemain industri teknologi penerbangan
Ketua Pegawai Eksekutif ADE, Mahesh Kumar berkata, pasaran MRO di Asia Tenggara sahaja bernilai lebih AS$4.5 bilion pada tahun 2021 dan industri ini dijangka akan pulih dengan pantas apabila keadaan kembali ke tahap pra-pandemik. ADE bersedia untuk melakukan anjakan paradigma dalam industri ini.
Katanya, kemudahan baharu itu juga mampu mengendalikan kedua-dua jenis pesawat iaitu pesawat lorong tunggal dan yang berbadan lebar, dan pihaknya berhasrat untuk mengembangkan keupayaan penyelenggaraan bagi merangkumi pesawat jenis lain.
Beliau berkata, pihaknya yakin dengan prospek keseluruhan ADE untuk memacu industri penyelenggaraan pesawat di ASEAN di samping mewujudkan peluang pekerjaan dan menyokong ekonomi merentasi rantaian bekalan nilai.
Menurutnya, sebagai firma kejuruteraan komprehensif yang disokong oleh pengalaman lebih 20 tahun, ADE berada di landasan yang tepat untuk menyokong permintaan yang semakin meningkat di rantau ini yang meliputi keseluruhan proses MRO.
''Ini termasuk penyelenggaraan talian dan asas, bengkel dan perkhidmatan sokongan kejuruteraan di samping penyelesaian digital bersepadu - semuanya berlandaskan semangat AirAsia dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi pada kos terendah dengan masa pemulihan terpantas.
“Kami berterima kasih kepada Malaysia Airports atas sokongan berterusan mereka yang sejajar dengan strategi kami untuk mengukuhkan lagi kedudukan ADE dalam pasaran dan memacu Malaysia menjadi hab strategik utama untuk penyelenggaraan pesawat di rantau ini,” kata beliau dalam kenyataan di sini semalam.
Pengarah Urusan Malaysia Airports, Dato’ Iskandar Mizal Mahmood berkata, antara matlamat pembangunan Aeropolis adalah untuk merealisasikan matlamat Malaysia menjadi hab aeroangkasa dan kargo serantau.
Bagi tujuan ini ujar beliau, KLIA ASZ 1 adalah kawasan khusus yang memberi tumpuan kepada sokongan aktiviti aeronautik kritikal dan operasi syarikat penerbangan dan pengendali kargo.
Antara pengendali terkemuka termasuk anak syarikat Airbus MRO - Sepang Aircraft Engineering, Cainiao Aeropolis eWTP Hub dan DHL Express yang akan datang, manakala pengendali tempatan termasuk syarikat penerbangan tempatan, operator terminal kargo dan pengendali perkhidmatan darat.
''Kehadiran ADE di ASZ 1 mempelbagaikan lagi keupayaan dan kepakaran yang ada di KLIA.
''Selain itu, peluang pekerjaan tambahan yang bakal ditawarkan seperti jurutera dan kakitangan teknikal juga akan menyumbang ke arah merangsang ekonomi negara,” kata beliau. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Feb 16 2022
Randhill Singh (kiri) dan Mahesh Kumar pada majlis memeterai perjanjian pembinaan kemudahan MRO di KLIA pada 15 Feb 2022. - Foto DagangNews
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Burung langgar enjin punca pesawat AirAsia berpatah balik
AirAsia mengesahkan pesawat yang berpatah balik ke Lapangan Terbang Tawau pada Sabtu lalu adalah disebabkan amaran teknikal berkaitan salah satu enjin pesawatnya yang dilanggar burung.
AirAsia tawar 27,000 tiket tambang tetap ke Sabah, Sarawak sempena Tahun Baharu Cina
AirAsia melancarkan 27,000 tiket tambang tetap bagi perjalanan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak sempena sambutan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
AirAsia bawa lebih 45 juta penumpang setakat ini - Capital A
AirAsia membawa lebih 45 juta penumpang setakat ini, mengekalkan faktor muatan yang tinggi sebanyak 90 peratus, kata Capital A Bhd.
AirAsia pacu KLIA jadi hab mega penerbangan dunia
AirAsia mengukuhkan komitmen untuk memacu keterhubungan ASEAN dan meningkatkan status rantau ini sebagai pusat transit global, setara Dubai.
76 peratus penerbangan menepati waktu yang dijadualkan - Loke
Bagi penerbangan yang menghadapi kelewatan pula sejumlah 90.2 peratus telah ditangguhkan kurang daripada dua jam manakala baki penerbangan ditangguhkan melebihi dua jam.
AirAsia tidak putus asa dapatkan lesen untuk beroperasi di Singapura
"Jangan sekat saya di Singapura," kata Tony Fernandes.
AirAsia kukuhkan rangkaian domestik, tambah 2,000 penerbangan mingguan
AirAsia akan memperluas rangkaian penerbangan domestik di seluruh Malaysia dengan menambah 2,000 penerbangan mingguan dan sejumlah 150,000 tempat duduk bagi 40 laluan utama menjelang akhir tahun ini.
AirAsia lancar dua laluan baharu ke China pada separuh kedua 2024
AirAsia akan mengendalikan sejumlah 33 laluan ke dan dari China pada separuh kedua 2024 dengan pelancaran dua laluan baharu.
Enam syarikat penerbangan sambung semula operasi di Lapangan Terbang Subang 1 Ogos
Loke berkata enam syarikat penerbangan tersebut ialah FireFly, AirAsia Malaysia, Batik Air Malaysia, SKS Airways, Transnusa, dan Scoot Pte Ltd.
Gangguan IT global: Tune Protect saran pelanggan semak polisi, kemuka tuntutan kelewatan penerbangan
Tune Protect berkata, tuntutan tersebut bergantung kepada polisi perlindungan dan tempoh kelewatan yang dialami penumpang AirAsia berikutan gangguan IT global baru-baru ini.