PETALING JAYA: Astro hari ini melancarkan perkhidmatan jalur lebar generasi akan datang, BIZfibre baharu dengan penghala WiFi-6 yang menyediakan jalur lebar berkelajuan tinggi pada kestabilan lebih baik kepada perniagaan.
BIZfibre dikuasakan oleh Astro Fibre tersebut adalah pelengkap terbaik kepada pek televisyen komersial Astro yang menawarkan sukan secara siaran langsung, pelbagai rancangan televisyen terbesar, filem-filem blokbuster dan berita terkini.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro - Designate, Euan Smith berkata, memandangkan perniagaan kini menjadi lebih global dan berdaya saing, justeru adalah penting bagi semua usahawan sehingga syarikat besar untuk mempunyai akses lebih baik kepada sambungan lebih pantas dan dipercayai.
Menurut beliau, perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merupakan tulang belakang kepada ekonomi Malaysia yang menyumbang sebanyak 97 peratus daripada jumlah pertubuhan perniagaan.
“Kami berharap untuk bekerjasama dengan sektor PKS menerusi tawaran sambungan dan penyelesaian hiburan dengan WiFi bertaraf dunia serta kandungan menarik yang sah.
“Melalui perkhidmatan ini, PKS akan berasa tenang apabila mengetahui bahawa mereka melanggan pakej komersial TV yang sah dengan menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan mereka,” katanya pada majlis pelancaran BIZfiber, di sini, pada Khamis.
Sempena pelancaran BIZfibre, Astro menawarkan Pek VIP dengan 59 saluran dan Pek Plus VIP dengan 70 saluran. Pek VIP disertakan dengan semua pas sukan VIP seperti Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan sukan secara siaran langsung lain yang menarik termasuk Liga Perdana; rancangan antarabangsa premium seperti Star Trek: Short Treks S1 dan The Roundup; program kegemaran tempatan serta berita terkini untuk memastikan pelanggan mendapat maklumat terkini tentang peristiwa semasa.
Pelanggan boleh menayangkan lima kandungan sukan yang berbeza secara serentak hanya pada RM1,959 sebulan. Pek VIP Plus termasuk Pas Sukan VIP dan Pas Ragbi dengan lapan skrin sukan yang berbeza secara serentak.
Ia dilengkapi dengan pilihan kelajuan jalur lebar sama ada 500Mbps atau 800Mbps secara percuma (sehingga 24 bulan), malah tawaran jalur lebar percuma sehingga 24 bulan disertakan dengan langganan tv komersial VIP baharu.
Dalam pada itu, Ketua Bisnes Perusahaan Astro, Kevin Ng berkata, AstroBIZ yang merupakan cabang perusahaan Astro kini memperkenalkan pek fleksi komersial premium baharu digabungkan dengan BIZfibre pada harga pengenalan istimewa.
“Kami mengambil serius tentang penstriman kandungan yang menyalahi undang-undang untuk memastikan kami berlaku adil terhadap pelanggan komersial kami yang sah,” jelasnya.
Dibawah Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022, sesiapa yang ditangkap menstrim kandungan tidak dibenarkan boleh didenda sehingga RM200,000, dipenjarakan sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali atas kesalahan cetak rompak.
BIZfibre juga tersedia secara asas kendiri (standalone basis) yang menyediakan internet tetap tanpa had dengan kelajuan 500Mbps hingga 800Mbps masing-masing pada RM239 dan RM299 sebulan dan dilengkapi dengan penghala WiFi 6 terbaharu.
Sila layari business.astro.com.my untuk mendaftar atau hubungi di 03-9544 7566 bagi mengetahui maklumat lebih lanjut.
Haikal Raman
Thu Nov 10 2022
Astro berharap untuk bekerjasama dengan sektor PKS menerusi tawaran sambungan dan penyelesaian hiburan dengan WiFi bertaraf dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro - Designate, Euan Smith.
JDT kecewa Selangor FC tidak hadir Piala Sumbangsih
JDT harap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan untuk tidak hadir dari perlawanan ini.
Kerajaan Kelantan salur RM300,000 untuk jemaah haji
Bantuan disalurkan menerusi Tabung Haji untuk membantu melancarkan urusan jemaah bagi Musim Haji 1445H/2024M.
Kumpulan pertama 282 jemaah haji berlepas ke Tanah Suci
Kumpulan pertama 282 jemaah haji Malaysia berlepas ke Tanah Suci pada tengah malam tadi dengan penerbangan Malaysia Airlines.
Tiga remaja sesat di Gunung Keriang semasa cari batu kristal
Dua lagi pendaki menemui jalan keluar dan bergegas turun untuk meminta bantuan.
Faisal seorang yang ‘kebal’ - Ayah
Doa Abdul Halim buat anaknya tidak pernah putus selain berterima kasih kepada semua pihak yang turut prihatin dengan apa yang menimpa Faisal.
Lelaki OKU maut, ibu cedera dalam kejadian samun di rumah
Mangsa yang juga OKU bisu ditemui maut dalam keadaan mulutnya ditampal pita pelekat manakala ibunya yang berusia 70 tahun luka pada jari kanan.
103 projek bekalan air Pahang libatkan kos RM121.2 juta telah disiapkan
Sebanyak 103 projek pembangunan bekalan air Pahang membabitkan kos sebanyak RM121.2 juta telah disiapkan setakat ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Inndeks Harga Pengeluar Perkhidmatan naik 1.0 peratus pada suku pertama
IHPRP mencatatkan 115.8 mata pada suku pertama 2024 (S1 2024), meningkat satu peratus, yang sama seperti suku keempat 2023 (S4 2023), kata DOSM.
Perancang kewangan perlu lapor kegiatan meragukan kepada pihak berkuasa
Perancang kewangan perlu memainkan peranan untuk melaporkan sebarang kegiatan mencurigakan yang menjurus kepada pengubahan wang haram kepada pihak berkuasa.
Negeri Sembilan arah PBT kenal pasti pokok risiko tumbang di tanah persendirian
Kesemua PBT di Negeri Sembilan diarah mengenal pasti semua pokok yang berbahaya dan berisiko tumbang terutama di kawasan tanah persendirian.
Astro BIZfibre memperkasakan perniagaan anda!
Astro melancarkan perkhidmatan jalur lebar generasi akan datang, BIZfibre baharu berkelajuan tinggi pada kestabilan lebih baik kepada perniagaan.