awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
15 maut dalam perlanggaran kapal Pengawal Pantai Greece dengan bot migran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Astro sasar 500,000 sambungan PVR

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
08/10/2015
13:12 MYT
Astro sasar 500,000 sambungan PVR
Ketua Pegawai Eksekutif AMHB, Datuk Rohana Rozhan (tengah) sewaktu pelancaran On Demand di Pusat Penyiaran Asia di sini, hari ini. - Foto Astro AWANI
Astro Malaysia Holdings Berhad (AMHB) mensasarkan 500,000 pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Perakam Video Peribadi (PVR) yang dilengkapi kemudahan sambungan internet menjelang akhir tahun, disokong pelancaran On Demand.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif AMHB, Datuk Rohana Rozhan, tawaran terbaru ini adalah sejajar dengan trend pengguna yang lebih cenderung menikmati kandungan Astro tidak kira di mana sahaja.
Melalui perkhidmatan On Demand, penonton Astro kini berpeluang untuk memilih rancangan kegemaran mereka dan menonton rancangan kegemaran sama ada menerusi televisyen dan juga di peranti mudah alih.
Penonton boleh menonton pelbagai pilihan kandungan hiburan daripada filem-filem aksi terhebat Hollywood, kandungan hiburan terbaik Asia dan siri komedi.
"Wujudnya perubahan besar dalam trend pengambilan kandungan. Fokus kami yang seterusnya adalah untuk memenuhi keperluan kandungan individu dalam isi rumah, yang kami panggi 'ruang individu', 'ruang peranti pintar' dan juga 'ruang dalam rumah dan mudah alih'.
"Ini merupakan kumpulan pengguna yang kami harapkan untuk bertambah daripada 800,000 pengguna individu berdaftar hari ini kepada lebih daripada 3 juta dalam tempoh lima tahun" katanya ketika melancarkan On Demand di Pusat Penyiaran Asia di sini, hari ini.
Pelanggan Astro boleh mendapatkan perkhidmatan On Demand dengan menyambung dekoder PVR kepada internet.
Perkhidmatan ini juga boleh didapati menerusi aplikasi Astro On The Go (AOTG) di telefon pintar, laptop ataupun tablet.
Pelanggan Astro yang menyambung PVR ke internet sebelum 31 Januari 2016 akan turut menikmati akses percuma untuk tempoh tiga bulan kandungan OD plus.
Astro turut mensasarkan peningkatan jumlah muat turun AOTG kepada 2.5 juta menjelang akhir tahun ini.
Manakala jumlah tontonan pengguna yang aktif disasarkan meningkat kepada lebih 180 minit seminggu menjelang akhir 2015.
Topic Berkaitan
#Astro
#Astro Malaysia Holding Berhad
#OD
#On Demand
#PVR
#Rohana Rozhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan