Sebanyak 16 daripada 24 kementerian mencapai tahap cemerlang dalam pengauditan pengurusan kewangan (Indeks Akauntabiliti) bagi tahun 2018, menurut Ketua Audit Negara Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.
Nik Azman menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2018, Siri 1 yang dikeluarkan hari ini berkata lapan lagi kementerian mencapai tahap baik.
"Bagi 17 jabatan yang diaudit pula, prestasi pengurusan kewangan di 15 jabatan telah mencapai tahap Cemerlang dan dua di tahap Baik manakala prestasi pengurusan kewangan di 13 Badan Berkanun Persekutuan (BBP) yang diaudit menunjukkan tiga daripadanya berada pada tahap Cemerlang, empat pada tahap Baik, lima pada tahap Memuaskan dan satu BBP pada tahap Kurang Memuaskan.
"Kesemua Kementerian, Jabatan dan BBP diaudit secara pusingan lima tahun," menurut laporan berkenaan.
Jabatan Audit Negara juga telah menjalankan pengauditan mengejut di 57 Pusat Tanggungjawab (PTJ)/Pusat Kos (PK) dan di 51 pejabat BBP melibatkan 15 kementerian dan 27 BBP.
"Hasil daripada pengauditan ini mendapati berlakunya ketidakpatuhan terhadap kawalan terimaan; kawalan barang berharga; pengurusan kenderaan kerajaan; kawalan perbelanjaan dan kawalan umum. Laporan yang berkaitan telah dikemukakan kepada Ketua Jabatan peringkat ibu pejabat dan negeri yang berkenaan untuk tindakan susulan," kata laporan itu.
Selain daripada menjalankan pengauditan bagi memenuhi kehendak undang-undang, Jabatan Audit Negara telah melaksanakan penilaian khas terhadap prestasi pengurusan kewangan kementerian/Jabatan/Agensi di bawah kawalan Ketua Jabatan yang memegang Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA).
Bagi tahun 2018, penilaian telah dibuat terhadap pengurusan kewangan di bawah kawalan Ketua Jabatan/Ketua Agensi yang melibatkan 27 Ketua Jabatan/Ketua Agensi, katanya.
Menurut laporan itu, mulai 2 Julai, 2018, tujuh kementerian telah disusun dan dinamakan semula iaitu Kementerian Industri Utama (MPI), Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC), dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Penyusunan kementerian turut melibatkan KPM yang digabungkan dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); KATS merupakan nama baru bagi Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) yang mengambil alih sebahagian fungsi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA), MESTECC pula merupakan nama baharu bagi Kementerian Sains, Inovasi dan Teknologi (MOSTI) yang turut mengambil alih sebahagian lagi fungsi KeTTHA dan NRE, katanya.
"Sehubungan itu, tiga kementerian tersebut iaitu KeTTHA, NRE dan MOSTI telah dibubarkan dengan fungsi-fungsinya dipindahkan ke kementerian yang berkenaan. Dua kementerian baharu telah ditubuhkan iaitu Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED).
"Bagi tahun 2018, pengauditan terhadap MEA telah dilaksanakan kerana telah dinaik taraf daripada Jabatan Persekutuan manakala pengauditan terhadap MED tidak dilaksanakan berikutan tempoh operasinya tidak mencukupi 12 bulan," kata laporan tersebut.
Antara penemuan audit yang perlu diberi perhatian adalah terdapat enam kementerian didapati tidak menjalankan/tiada bukti pemeriksaan mengejut atas kewajipan kewangan atau perakaunan dilaksanakan sepanjang tahun 2018 iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Pertahanan (MINDEF), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), KPM, Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian perdagangan Antarabangsa dam Industri (MITI).
Selain itu, pemeriksaan dalaman di Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Kewangan (MOF) dilaksanakan oleh pegawai yang tidak dilantik, menurut laporan tersebut.
Dalam pada itu, lima kementerian didapati tidak menjalankan pemeriksaan mengejut mengikut tempoh yang ditetapkan, iaitu Jabatan Perdana Menteri (JPM), MOA, Kementerian Pengangkutan (MOT), KPM dan KLN manakala, dua kementerian tidak dilaksanakan oleh Ketua Jabatan, iaitu MOF dan KATS.
Selain itu, tiada bukti menunjukkan pemeriksaan mengejut dibuat ke atas Mesin Franking/Terminal Tambah Nilai (Touch N Go)/setem yang dikategorikan sebagai barang berharga di MOT, KPM, KKMM dan MINDEF, kata laporan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 15 2019

Jabatan Audit Negara juga telah menjalankan pengauditan mengejut di 57 Pusat Tanggungjawab (PTJ)/Pusat Kos (PK) dan di 51 pejabat BBP melibatkan 15 kementerian dan 27 BBP.

COVID-19: Kes positif hampir 116 juta, kematian lebih 2.5 juta
Data Johns Hopkins University menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 115.9 juta.

Malaysia dipilih terajui kumpulan Metrologi Perundangan Asia Pasifik
Pelantikan baharu ini akan menjadikan Malaysia sebagai negara membangun pertama dan dari rantau ASEAN yang diberi mandat, antara lain, untuk menguruskan sekretariat.

Perkhemahan lima sahabat bertukar tragedi apabila 2 lemas di Sungai Dungun
Mangsa dikenal pasti sebagai Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, dan Ariff Razali, 34.

Bekalan elektrik di semua pusat simpanan dan pemberian vaksin stabil - TNB
TNB bersama pihak hospital dan klinik kesihatan juga telah memastikan set jana kuasa di pusat-pusat perubatan terlibat berfungsi dan bersedia untuk beroperasi sekiranya diperlukan.

Permulaan yang baik untuk JDT - Mora
Mora optimistik JDT berada pada landasan yang tepat untuk kembali kepada prestasi terbaik mereka, walaupun berhadapan dengan pramusim yang pendek.

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM - Radzi Jidin
Radzi berkata hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

TV Pendidikan diteruskan, sasar pelajar tertentu - Radzi
Keputusan dibuat memandangkan situasi tidak terjangka pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini boleh mempengaruhi sebarang keputusan KPM.

Lebih ramai petugas barisan hadapan dapat vaksin COVID-19 di PKRC MAEPS
PKRC Bersepadu 2.0 MAEPS merupakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang utama di kawasan Lembah Klang.

COVID-19: Singapura lepasi 60,000 kes
Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata tiada kes baharu dalam kalangan komuniti tempatan.

Piala Sumbangsih 2021 | JDT pertahan kejuaraan empat tahun berturut-turut
Johor Darul Ta'zim (JDT) muncul pemenang Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2021 selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Anak Orang Asli, Jome Cheng, berjaya lanjut pengajian dalam bidang kejuruteraan di Jepun
Jome adalah antara pelajar dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang telah berjaya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Rezeki mencurah-curah, pelajar cemerlang Nurul Asma Alya tidak sangka prihatinnya rakyat Malaysia
Bekas pelajar Kolej Profesional Mara (KPM) Indera Mahkota itu, terharu kerana masalah dihadapinya mendapat perhatian banyak pihak termasuk orang persendirian.

Ebit Lew taja sepenuhnya pengajian pelajar cemerlang Nurul Asma Alya
Ebit Lew akan menaja lebih RM40,000 untuk tempoh pengajian Nurul Asma Alya Mohd Zainal selama dua tahun setengah termasuk penginapan.

Berdepan kekangan kewangan, Nurul Asma Alya mohon bantuan untuk teruskan pengajian
Nurul Asma Alya Mohd Zainal, bekas pelajar KPM dengan kelulusan 3.95 CGPA itu turut mengalami masalah tiada beras dan lauk di rumahnya.

10 kementerian terima penarafan lima bintang AKKP 2019
Sebanyak 10 kementerian memperoleh status pencapaian tahap tertinggi iaitu Cemerlang (Lima Bintang) pada Anugerah Khas Keselamatan Perlindungan (AKKP) Peringkat Kebangsaan Tahun 2019.

Tidak timbul isu pelajar tercicir ke universiti kerana kemiskinan - Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu
Kisah ini tidak hanya terhenti di situ apabila ia membabitkan pelajar yang dianggap cemerlang dan berpotensi dalam pelajaran.

Hari Sarawak: Mengejar aspirasi negeri maju 2030 - Abang Johari
Sarawak sudah merdeka dan memiliki kerajaannya sendiri sebelum pembentukan Malaysia.

Hari Sarawak disambut secara maya
Hari Sarawak yang disambut pada 22 Julai setiap tahun sejak 57 tahun lalu bakal diadakan secara maya tahun ini.

UPM perbaiki kedudukan dalam QS World University Rankings 2021
Ia merupakan peningkatan secara berterusan selama tujuh tahun berturut-turut, sekali gus membolehkan UPM mengekalkan kedudukan sebagai universiti kedua terbaik di Malaysia.

UiTM tawar biasiswa RM1 juta untuk pelajar cemerlang IPT sambung pengajian
Biasiswa yang disediakan melalui tabung endowmen universiti itu akan memberi manfaat kepada 52 pelajar cemerlang IPT.