KUALA LUMPUR: Konglomerat digital dan telekomunikasi Axiata Group Bhd menyasarkan untuk mencapai pertumbuhan perolehan satu digit pertengahan dan pertumbuhan satu digit yang tinggi bagi pendapatan sebelum faedah dan cukai (EBIT) pada 2023.
Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan kumpulan Vivek Sood berkata strategi kumpulan terarah kepada perbelanjaan modal (capex) yang teguh dan pengurusan perbelanjaan operasi, serta kewujudan struktur modal yang sesuai mengikut tujuan dan dioptimumkan secara dinamik untuk mengekalkan daya tahan operasi dan asas perniagaan yang kukuh.
"Inisiatif-inisiatif ini akan membolehkan kami kekal pada kedudukan baik ketika berdepan gangguan dan memanfaatkan peluang.
"Komitmen kami kepada asas perniagaan yang teguh membolehkan kami melahirkan nilai mampan kepada semua pihak berkepentingan, memacu kejayaan jangka panjang kumpulan ini," katanya dalam Laporan Tahunan Bersepadu 2022 Axiata yang dikeluarkan semalam.
Menurut Vivek, Axiata kekal berhati-hati dengan potensi cabaran makroekonomi pada 2023 berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat dan peningkatan kadar faedah, risiko kawal selia dan potensi perubahan dalam landskap industri susulan penggabungan dan pelaksanaan 5G di sebilangan pasaran.
"Kami akan menguruskan risiko berkaitan terhadap syarikat yang beroperasi dengan melaksanakan langkah proaktif seperti mengurangkan pendedahan kepada pertukaran asing, meningkatkan aktiviti lindung nilai, mengurangkan capex dan kos berasaskan sifar demi memastikan daya tahan.
"Nilai strategik kami, sebagaimana yang digariskan dalam Visi Axiata 5.0 terus membantu kami ketika beralih daripada sebuah syarikat telekomunikasi (Telco) kepada syarikat teknologi (TechCo) dan mengukuhkan pemacu kecemerlangan operasi dengan tumpuan kepada daya tahan.
"Kami menyifatkan 2023 sebagai tahun yang memberikan peluang besar, dengan keuntungan yang efisien dan peningkatan pulangan daripada operasi teras, ditambah pula dengan pertumbuhan baharu merentas perniagaan infrastruktur, digital dan perusahaan," katanya.
Vivek berkata kumpulan itu akan terus membina dan mengukuhkan teras digitalnya.
"Berikutan pelepasan sifar bersih dan komitmen sasaran berasaskan sains yang dilakukan tahun lepas, Axiata telah memperbaharu Rangka Kerja Kemampanan dan mewujudkan struktur dan sumber tadbir urus yang diperlukan untuk mengendalikan aspek berkaitan kemampanan, termasuk keterangkuman digital dan tindakan iklim," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 27 2023
Menurut Vivek, Axiata kekal berhati-hati dengan potensi cabaran makroekonomi pada 2023 berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat dan peningkatan kadar faedah. - Foto ihsan Axiata
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Air Selangor bakal belanja RM30 bilion untuk urus air selama 30 tahun
Air Selangor akan membelanjakan RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun di bawah Perbelanjaan Modal bagi melaksanakan tujuh Pelan Strategik dan Inisiatif pengurusan air.