awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indeks utama Bursa Malaysia ditutup kukuh, cecah paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia

Dagang News
Dagang News
02/12/2022
01:45 MYT
Azizan Osman diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah oleh Institut Akauntan Malaysia
Pada Oktober lepas, Azizan berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU) selepas menamatkan pengajian enam bulan lebih awal. - Foto DagangNews
KUALA LUMPUR: Pengasas RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman telah diiktiraf sebagai Akauntan Bertauliah daripada Institut Akauntan Malaysia (MIA) menerusi perkongsiannya di Instagram, semalam.
Azizan memuat naik kenyataan melalui emel daripada MIA yang memaklumkan permohonan beliau sebagai Akauntan Bertauliah telah diluluskan pada mesyuarat majlis baru-baru ini.
Beliau menzahirkan rasa bersyukur dan pada masa sama berasa tidak percaya apabila permohonan tersebut diluluskan.
"Tak percaya!!! MasyaAllah Tabarakallah baru dapat approval diterima sebagai Chartered Accountant (Malaysian Institute of Accountant)! Impian boleh jadi kenyataan! Alhamdulillah!," katanya.
Menerusi emel tersebut, MIA turut mengucapkan tahniah dan menyatakan surat rasmi akan dihantar kepada Azizan dalam masa terdekat.
Institut tersebut memaklumkan, beliau dikehendaki menghadiri Kursus Induksi Ahli dalam tempoh enam bulan selepas kemasukan sebagai ahli.
"Keperluan ini diperuntukkan di bawah Seksyen B100 Undang-Undang Kecil Institut (Mengenai Etika, Kelakuan dan Amalan Profesional)," menurut emel berkenaan.
Pada Oktober lepas, Mentor Usahawan itu berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran (PhD) Pentadbiran Perniagaan daripada Asia e University (AeU) selepas menamatkan pengajian enam bulan lebih awal.
Kejayaan tersebut membolehkan beliau meraih PhD pertamanya daripada universiti tempatan.
Sementara itu, RichWorks mempelawa Bangsa Usahawan untuk bersama Azizan dalam sesi khas menerusi 'Live Voice Chat' di saluran Telegram Azizan Osman Official pada 4, 11, 18, 25 Disember dan 1 Januari 2023.
Sesi tersebut bertujuan untuk membincangkan persediaan dan persiapan usahawan bagi menghadapi cabaran keusahawanan untuk tahun 2023. - DagangNews
Topic Berkaitan
#usahawan
#Azizan Osman
#Akauntan Bertauliah
#Institut Akauntan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan