BUSINESS
B787-9 Dreamliner: Pengalaman penerbangan baharu British Airways

Pesawat jenis Boeing 787-9 Dreamliner ini antara aset terbaharu British Airways yang digunakan untuk laluan London dan Kuala Lumpur. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
Baru sahaja enam bulan memulakan operasi dari London ke Kuala Lumpur selepas menamatkan operasinya selama 14 tahun, syarikat penerbangan British Airways kini tampil dengan pesawat terbaharu.
Buat pertama kali dalam sejarah penerbangan Malaysia, pesawat jenis Boeing 787-9 Dreamliner itu mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Khamis.

Pesawat baharu British Airways, Boeing 787-9 Dreamliner. - Gambar British Airways

Kabin Kelas Pertama dalam pesawat B787-9 Dreamliner British Airways. - Gambar British Airways
Boeing 787-9 Dreamliner ini menampilkan teknologi paling maju dan inovatif dengan kesemua sistem kabin pesawat dinaik taraf demi memberi keselesaan kepada penumpang.

Kabin Kelas Pertama dalam pesawat B787-9 Dreamliner British Airways. - Gambar British Airways
Ketua Jualan Asia Pasifik British Airways, Robert Williams, berkata Dreamliner adalah pesawat yang inovatif yang menetapkan standard baharu dengan mengambil kira prestasi alam sekitar dan kecekapan operasi.

Kabin Club World (Kelas Perniagaan) dalam pesawat B787-9 Dreamliner British Airways. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
“Kami telah melihat banyak pesawat baru menyertai armada kami dan salah daripadanya dalah Boeing 787-9 Dreamliner ini dengan reka bentuk yang baru. Siri -9 ini adalah yang terbaru untuk jenis Dreamliner lebih panjang dan lebar saiznya dan memuatkan kesemua empat kelas kabin dalam pesawat ini.

Kabin World Traveller Plus (Kelas Ekonomi Premium) dalam pesawat B787-9 Dreamliner British Airways. - Gambar Astro AWANI / Malik Ridhwan
Kuala Lumpur merupakan destinasi ketiga dalam rangkaian laluan jarak jauh British Airways menggunakan pesawat ini.
Justeru, serentak dengan pelancaran itu, British Airways menawarkan tambang istimewa untuk semua kelas bagi menarik pelancong dari Malaysia menikmati pengalaman penerbangan dengan pesawat 787-9 Dreamliner ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami