Skip to main content

Bisnes

Pelan Induk JS-SEZ bakal dilancar PM Malaysia, Singapura Disember ini

Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan tepat untuk dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kedua-dua negara pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Disember ini.
Pelan Induk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) berada di landasan tepat untuk dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kedua-dua negara pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Disember ini.
Advertisement

SINGAPURA: Pelan Induk  Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) kini berada di landasan tepat untuk dilancarkan secara rasmi oleh Perdana Menteri kedua-dua negara pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura (Leaders' Retreat) Disember ini.

Menteri Pembangunan Negara Singapura, Chee Hong Tat berkata, kerangka pelan tindakan tersebut mewakili visi jangka sederhana dan panjang bagi pembangunan zon ekonomi berkenaan.

Jelas beliau, agensi kedua-dua negara kini sedang memperincikan inisiatif sokongan merangkumi pembangunan bakat, pemudahcaraan pergerakan rakyat dan barangan, serta pengukuhan kesalinghubungan pengangkutan.

Advertisement

"Pelan ini mewakili visi yang ingin kita capai untuk JS-SEZ, dan pelbagai agensi sedang bekerja keras menyelesaikan inisiatif khusus bagi memastikan pelan induk ini direalisasikan demi kerjasama menang-menang," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bersama Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Menteri bagi Kerjasama Johor-Singapura (JSCMC) di Gardens by the Bay, pada Isnin.

Advertisement

Sidang media itu turut disertai Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Menteri Negara Kanan bagi Pembangunan Negara dan Pengangkutan Singapura, Sun Xueling.

Sementara itu, Akmal Nasrullah berkata pelancaran dokumen berkenaan dijangka melonjakkan lagi momentum pelaburan dan komitmen dua hala menjelang tahun 2027.

Menurutnya, minat pelabur terhadap zon ekonomi berkenaan sudah terbukti kukuh walaupun sebelum pelan induk tersebut dimuktamadkan secara rasmi.

"Dengan pelan induk yang akan dilancarkan Disember ini oleh kedua-dua Perdana Menteri, kami melihat prospek yang lebih cerah bagi pelaksanaan SEZ pada 2027," katanya lagi.

Sebagai langkah susulan memperkukuh momentum terbabit, kedua-dua negara turut bersetuju menganjurkan Forum Pelaburan Bersama (Joint Investment Forum) pada suku pertama 2027.

Must Watch Video

Advertisement