KUALA LUMPUR: Bank Dunia menjangka Bajet 2023 Malaysia lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12).
Apurva Sanghi, Ketua Ekonomi Bank Dunia bagi Malaysia berkata, belanjawan itu dijangka memperuntukkan lebih banyak sumber kepada pendidikan dan kesihatan selain situasi bermusim seperti banjir dan pilihan raya.
Selain itu ia juga dijangka memperuntukkan lebih banyak perbelanjaan dan insentif untuk menyokong usaha pendigitalan bagi perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
"Ada tiga prinsip (yang perlu dipatuhi kerajaan) - uruskan belanjawan dalam had dasar fiskal, selaraskannya kepada keutamaan strategik jangka sederhana dan tumpukan kepada pelaksanaan.
"Pelaksanaan perlu dirancang, dipantau dan diuruskan. Saya fikir inilah bahagian yang boleh ditambah baik sedikit oleh Malaysia dari segi umum," katanya pada taklimat media secara maya bertajuk World Bank East Asia and Pacific Economic Update. hari ini.
Kerajaan memperuntukkan sejumlah RM332.1 bilion bagi Bajet 2022, iaitu sebanyak RM233.5 bilion bagi perbelanjaan operasi, RM75.6 bilion bagi perbelanjaan pembangunan, RM23 bilion bagi Dana COVID-19 dan RM2 bilion bagi tabungan luar jangka.
Ia merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah belanjawan negara dengan tumpuan untuk memulihkan setiap segmen sosio-ekonomi di negara ini.
Sejumlah RM32.4 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Kesihatan - peruntukan kedua terbesar selepas pendidikan - untuk meneruskan usaha membendung COVID-19 menerusi program vaksinasi dan kemudahan perkhidmatan kesihatan awam yang lebih baik.
Bagaimanapun, Sanghi berkata Bajet 2023 tidak sepatutnya terlalu mengembang berikutan tiga alasan - ekonomi sedang mencatatkan prestasi baik, ruang fiskal menguncup dan prospek global yang tidak menentu, terutamanya bagi tahun depan.
Menurutnya, dunia kemungkinan menuju ke arah kemelesetan tahun depan dan ditambah dengan risiko geopolitik, ini boleh menjejaskan eksport dan perdagangan Malaysia.
"Oleh itu, sebarang pengumuman ke arah rasionalisasi yang agresif dan khususnya rangka kerja subsidi bersasar sangat dialu-alukan dalam belanjawan ini .
"Kami menjangkakan Bajet 2023 adalah belanjawan yang mengembang tetapi barangkali tidak sebesar seperti tahun lepas kerana ekonomi pada masa itu berbeza daripada sekarang," katanya.
Sanghi berkata terdapat keperluan bagi kerajaan untuk menjana hasil tetapi memperkenalkan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dalam suasana kenaikan inflasi mungkin bukan satu idea yang baik.
Bank Dunia percaya kerajaan akan membuat persediaan dan menunggu masa yang sesuai untuk melancarkan inisiatif pembaharuan hasil utama seperti GST, katanya.
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz pada 6 Ogos berkata Malaysia masih mempunyai beberapa ruang fiskal untuk menangani cabaran tekanan harga memandangkan nisbah keluaran dalam negara kasar (KDNK) negara berada pada 60 peratus.
Beliau berkata walaupun had siling hutang statutori telah dinaikkan kepada 65 peratus daripada KDNK daripada 60 peratus sebelumnya, kerajaan berusaha keras untuk mengehadkan sasaran desfisit fiskal pada 60 peratus daripada KDNK.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 27 2022
Bank Dunia menjangka Bajet 2023 Malaysia lebih mengembang dan mengutamakan rakyat dengan sasaran untuk mencapai matlamat kemampanan dan pendigitalan Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12). - Gambar hiasan/BERNAMA
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
EPL: Manchester City himpit Arsenal
Gawang The Seagulls robek lagi kali ini menerusi bintang meningkat naik Phil Foden dengan gol pada minit ke-26 dan 34.
PRK Kuala Kubu Baharu: Gerakan turun padang, sokong PN
Gerakan berkata, parti itu akan bersama-sama memastikan untuk merampas kerusi DAP pada pilihan raya kecil kali ini.
Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, Bank Dunia di Washington
Amir Hamzah mengetuai delegasi Malaysia ke Washington, Amerika Syarikat bagi menghadiri Mesyuarat Musim Bunga IMF dan Kumpulan Bank Dunia.
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka pada 2.5 peratus tahun ini - Bank Dunia
Inflasi keseluruhan Malaysia dijangka menyederhana kepada sekitar 2.5 peratus pada 2024, mencerminkan keadaan kos dan permintaan yang stabil.
Bank Dunia kekal ramalan pertumbuhan Malaysia pada 4.3 peratus tahun ini
Permintaan domestik terus menjadi tulang belakang pertumbuhan, dan Malaysia turut bersedia meraih manfaat daripada pemulihan dalam pasaran eksport.
Bank Dunia gesa tindakan segera selamatkan nyawa penduduk Gaza di ambang kebuluran
Kebuluran kini diunjurkan dan akan berlaku di utara Gaza dan wilayah-wilayah lain serta dijangka berlaku dari pertengahan Mac 2024 hingga Mei 2024.
Prestasi kewangan selepas SC ditubuhkan amat membanggakan - Sultan Perak
Pencapaian skor 92 peratus dalam penilaian sektor kewangan komprehensif oleh MF dan Bank Dunia adalah pencapaian membanggakan untuk Malaysia.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
BNM, Bank Dunia umum inisiatif untuk sokong hasil positif alam semulajadi
Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Dunia hari ini mengumumkan dua inisiatif utama untuk membolehkan sektor kewangan menyokong hasil positif semula jadi.
'Kecekapan berbahasa Inggeris penting kepada pelajar' - Pakar
Sanghi berkata, kecekapan berbahasa Inggeris mampu mempersiapkan golongan muda untuk menghadapi cabaran global.
Industri perbankan kini hadapi saingan platform pembayaran - Bank Dunia
Industri perbankan kini menghadapi saingan daripada platform pembayaran yang sebelum ini tidak bermula sebagai bank atau platform pembayaran.
Malaysia perlu lebih banyak langkah untuk nilai pencapaian dasar, inisiatif - Bank Dunia
Malaysia masih kurang dalam penelitian awam tentang apa yang telah dilakukan pada masa lalu, terutamanya dengan dana awam.