GEORGE TOWN: Kedudukan kewangan kerajaan negeri Pulau Pinang adalah kukuh dengan baki terkumpul Kumpulan Wang Disatukan pada akhir 2020 berjumlah RM1.821 bilion berbanding RM2.1 bilion pada akhir tahun 2019.
Menurut Laporan Ketua Audit Negara mengenai Pengurusan Syarikat Kerajaan negeri Pulau Pinang Tahun 2020 Siri 1, baki akaun hasil disatukan berkurangan sebanyak 23.1 peratus kepada RM887.78 juta berbanding RM1.155 bilion pada akhir 2019.
"Kutipan hasil berkurangan sebanyak 29.4 peratus menjadi RM467.28 juta berbanding RM661.52 juta pada 2019. Kerajaan negeri telah mengakhiri tahun kewangan 2020 dengan defisit berjumlah RM267.06 juta berbanding lebihan RM80.21 juta yang diperoleh pada 2019," kata laporan tersebut yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Menurutnya, bagi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2020 Siri 1 ini, pengauditan pengurusan syarikat kerajaan negeri melibatkan PDC Nusabina Sdn Bhd (PDCN) yang mana secara keseluruhannya, syarikat itu belum mencapai sepenuhnya objektif penubuhannya sebagai kontraktor yang bergiat dalam industri pembinaan.
"Prestasi aktiviti pembinaan bangunan, kejuruteraan awam dan penyenggaraan bangunan serta infrastruktur adalah baik kerana pendapatan yang diperoleh bagi 2018 hingga 2020 berjumlah RM72.87 juta telah menyumbang 98 peratus kepada pendapatan keseluruhan syarikat.
"Bagaimanapun, pelaksanaan aktiviti kurang memuaskan kerana projek lewat disiapkan, pelantikan subkontraktor yang bukan dalam senarai prakelayakan dan pertambahan kos buruh. Pengurusan pembayaran 'site mea'l pula tidak jelas dan tidak terperinci," katanya.
Menurut laporan itu, amalan tadbir urus korporat PDCN berada pada tahap kurang memuaskan yang mana tujuh aspek amalan terbaik tadbir urus korporat syarikat tidak diamalkan sepenuhnya.
"Dari segi aspek kedudukan kewangan, PDCN berada pada tahap kukuh kerana mencatatkan keuntungan bagi tempoh tiga tahun berturut-turut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Kerajaan negeri Pulau Pinang mengakhiri tahun kewangan 2020 dengan defisit berjumlah RM267.06 juta berbanding lebihan RM80.21 juta yang diperoleh pada 2019. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AirAsia X timbang tawar penerbangan ke Eropah Timur, London dan Orlando
AirAsia X menimbang kemungkinan untuk menawarkan penerbangan ke negara di Eropah Timur dan menyambung semula laluan ke London serta menggunakan hak pendaratannya di Orlando.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Menteri Luar Malaysia perkukuh hubungan dengan China semasa lawatan rasmi pertama
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan perbincangan substantif dengan rakan sejawatannya, Wang Yi, dalam lawatan pertama beliau ke China sejak memegang jawatan itu pada Disember 2023.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
MITRA rangka pelbagai bantuan untuk pembangunan masyarakat India
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) sedang merangka pelbagai program bantuan yang bersesuaian bagi pembangunan kaum itu.
ESSCOM laksana tugas cemerlang bendung ancaman - Kaunselor EU
Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) telah melaksanakan tugas dengan cemerlang dalam membendung pelbagai ancaman di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESS ZONE).
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
MITI perkenal slogan baharu: Fokus diperbaharui pacu pelaburan, perdagangan, industri
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah memperkenalkan slogan baharu "Pemacu Potensi Global" yang mencerminkan fokusnya yang diperbaharui.
Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco
Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini.
P. Pinang teruskan Pas Mutiara dengan peruntukan RM7.5 juta
Semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah seliaan bas Rapid Penang akan kekal percuma di seluruh negeri dengan penggunaan pas tersebut.
Lantikan Exco Negeri Sembilan akan dibuat secepat mungkin - MB
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun akan berusaha memuktamadkan senarai anggota Exco negeri dalam minggu ini juga.
Tiada sebarang perbincangan berhubung jawatan kerajaan negeri - Reezal Merican
Reezal Merican berkata beliau menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti dan Kerajaan Perpaduan untuk memutuskan perkara berkenaan.
Bandar pintar Bertam dijangka berpotensi kurangkan 69.7 peratus tenaga dan pelepasan karbon
UKM dengan kerjasama Jinko Solar Technology Sdn Bhd mengorak langkah dalam membangunkan bandar pintar tenaga ini.
Pusat COVID-19 risiko rendah: Pulau Pinang cadang tapak Pesta
Kerajaan Negeri Pulau Pinang mencadangkan tapak Pesta Pulau Pinang sebagai pusat risiko rendah COVID-19 yang baharu kerana pusat sedia ada di negeri itu kini hampir mencapai had maksimanya.
Akta 342 terpakai untuk semua negeri kecuali Sarawak
Negeri-negeri lain tidak ada pilihan selain turut melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) setelah kerajaan Persekutuan mengumumkan pelaksanaannya.
Kerajaan P. Pinang sambut baik cadangan bazar Ramadan nasi kandar
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menyambut baik cadangan sebuah untuk mempelbagaikan Bazar Ramadan di Lebuh Queen dengan Bazar Ramadan Nasi Kandar.
Tragedi Bukit Kukus: Laporan siasatan diumum selepas Cuti Tahun Baharu Cina
Kerajaan Negeri oleh satu panel yang dipimpin oleh Timbalan Ketua Menteri 1, dan akan diumumkan selepas cuti Tahun Baharu Cina ini.
Pulau Pinang tolak idea dijadikan Wilayah Persekutuan
Kerajaan Negeri Pulau Pinang menolak mentah-mentah idea Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk meluaskan pentadbiran Wilayah Persekutuan.