GEORGE TOWN: Kerja-kerja pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera di sini dijangka bermula pada penghujung Mei atau awal Jun ini dan siap sepenuhnya dalam tempoh dua hingga tingga tahun.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata ketika ini Perbadanan Bukit Bendera sedang menjalankan Penilaian Impak Trafik untuk membolehkan projek itu dimulakan.
Beliau berkata kebenaran merancang bagi projek mega Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM250 hingga RM300 juta itu telah diluluskan Januari lepas.
"Kita telah mendapat kelulusan daripada semua pihak antaranya Penilaian Kesan Alam Sekitar dari Jabatan Alam Sekitar, Majlis Perancangan Fizikal Negara, kebenaran merancang daripada Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA) bagi menjalankan projek itu," katanya selepas menghadiri Karnival Raya Aidilfitri Parlimen Bukit Bendera di Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Pengerusi DAP Kebangsaan Lim Guan Eng dan Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid.
Zairil berkata jajaran kereta kabel sepanjang 2.7 kilometer itu akan bermula di Taman Botani sehingga ke puncak Bukit Bendera dan akan memberi impak pelancongan di kawasan sekitar.
"Perjalanan ke puncak akan mengambil masa kira-kira 10 minit sahaja iaitu masa yang sama diambil jika pengunjung menaiki kereta api funikular ke puncak berkenaan dan ia merupakan alternatif terutama ketika musim cuti sekolah yang selalunya sesak sehingga perlu menunggu lama," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan projek kereta kabel Bukit Bendera secara Inisiatif Kewangan Swasta (PFI) itu merupakan mod pengangkutan yang paling mesra alam.
Mengulas mengenai segelintir pihak dan pertubuhan bukan kerajaan yang masih menentang projek kereta kabel itu, Zairil berkata kerajaan negeri sentiasa mengikut prosedur dan garis panduan yang ditetapkan berhubung pelaksanaan projek berkenaan.
''Tidak ada undang-undang yang kita tidak ikuti, semua kelulusan juga telah diperoleh malah projek ini juga ialah projek mesra alam malah kesannya kepada alam sekitar amat minimum, bilangan pokok yang dipotong juga sedikit dan tidak ada pokok warisan yang akan dipotong," katanya.
Syarikat gerabak dan perkhidmatan rel bersepadu terkemuka Hartasuma Sdn Bhd memenangi projek kereta kabel itu dengan pelaburan RM250 juta yang dibuat menerusi inisiatif perkongsian awam swasta dengan kerajaan Pulau Pinang.
Permohonan cadangan (RFP) bagi perkhidmatan kereta kabel Bukit Bendera bermula pada 13 Jan 2021 dan dilanjutkan hingga 30 Nov 2022 berikutan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 14 2024
![Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco Pembinaan Kereta Kabel Bukit Bendera bermula sebulan lagi - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/71671012685_keretakabelBukit.jpg)
ajaran kereta kabel sepanjang 2.7 kilometer itu akan bermula di Taman Botani sehingga ke puncak Bukit Bendera dan akan memberi impak pelancongan di kawasan sekitar. - Gambar fail/FacebookKetua Menteri Pulau Pinang
![Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Jenazah Siti Zaharah selamat dikebumikan di Shah Alam
Jenazah bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Seksyen 21, Shah Alam hari ini.
![Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722053002_tbBevPriestman.jpg)
Paris 2024: Guna dron intai latihan lawan, Kanada singkir ketua jurulatih wanita
Ketua jurulatih pasukan kebangsaan wanita Kanada, Bev Priestman, disingkirkan daripada pasukan bola sepak Olimpik Paris negara itu kerana skandal yang melibatkan penggunaan dron untuk mengintip lawan.
![Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716287876_cuacapanas.jpg)
Jangan lakukan pembakaran terbuka semasa musim panas sekarang - Bomba
JBPM Zon Sibu mengingatkan orang awam agar tidak melakukan pembakaran terbuka ketika cuaca panas dan kering yang melanda Sarawak sekarang.
Valor Fun Run tampil lorong berasingan buat wanita
Bagi meraikan amalan gaya hidup sihat, serta bahang Sukan Olimpik Paris 2024.
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Sebuah acara larian The Valor Fun Run 2024 diadakan di Putrajaya pada Sabtu, bukan sahaja untuk mengalakkan aktiviti bersukan, tetapi mengalakkan inklusiviti melalui pengenalan lorong berasingan untuk keluarga dan peserta wanita
Tawaran dua tahun awal demi kebaikan jemaah musim seterusnya
Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, antara pembaharuan akan diperkenalkan Lembaga Tabung Haji, TH nanti termasuk mengeluarkan surat tawaran mengerjakan haji dua tahun lebih awal
Waspada penipuan pakej haji, elak langgar fatwa
Pada musim haji akan datang, rakyat Malaysia dinasihatkan tidak tertipu dengan kuota yang diberikan selain pengendali tunggal di Malaysia oleh tabung haji.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
Ini kerana menurut Ketua Rombongan Haji 1445H/2024M, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, tindakan memasuki tanah haram tanpa visa haji yang sah jelas melanggar fatwa, dan ibadahnya tidak dibenarkan dalam agama.
![Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722055634_tbFadhlinaSidek.jpg)
Isu pendidikan, cabaran negara dibincang dengan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia - Fadhlina
Isu pendidikan dan cabaran membina negara khususnya mempertahankan nilai, moral dan agama dibincangkan antara KPM dan Dewan Da'wah Islamiyah Indonesia.
'UMNO perlu guna media sosial dekati pengundi PRU16'
Itu tegas Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang berkata, langkah itu perlu kerana kaedah lama sudah tidak relevan dan gerak kerja jentera UMNO perlu mengikut kesesuaian serta keperluan semasa supaya lebih berkesan.
![Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722053039_tbSitiZaharahSulai.jpg)
Pemimpim rakam takziah atas pemergian bekas Menteri Siti Zaharah Sulaiman
Beberapa pemimpin kerajaan dan parti hari ini merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman.
Bekas Menteri, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia
Sebagaimana dimaklumkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Maran Datuk Seri Shahaniza Samsuddin di Facebooknya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat, Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671013017_keretakabel.jpg)
CAP gesa kerajaan P. Pinang henti projek kereta kabel Bukit Bendera
Projek pembangunan itu akan membawa kesan serius kepada alam sekitar dan kesihatan.
![Hartasuma dapat RFP projek kereta kabel Bukit Bendera Hartasuma dapat RFP projek kereta kabel Bukit Bendera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41671013017_keretakabel.jpg)
Hartasuma dapat RFP projek kereta kabel Bukit Bendera
Permohonan cadangan projek itu melibatkan anggaran pelaburan berjumlah RM245 juta.
![Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/81610361093_keretakabelkatBu.jpg)
Projek kereta kabel Bukit Bendera akan diteruskan - Chow Kon Yeow
Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, kerajaan negeri menerusi Perbadanan Bukit Bendera Pulau Pinang (PBBPP) akan meneruskan projek tersebut melalui konsep kerjasama dengan pihak swasta.