JAKARTA: Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia (BI) kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024, kata RHB Investment Bank (RHB IB).
Bank pelaburan itu juga menjangkakan BI mengekalkan kadar faedahnya berikutan inflasi yang terkawal dengan sasaran harga utama dalam julat 1.5-3.5 peratus untuk tahun ini.
Malah, kadar yang lebih tinggi berpotensi menjejaskan pertumbuhan pinjaman dan permintaan pengguna.
Pada masa sama, rupiah yang lemah boleh membantu dari segi menyokong lebihan dagangan yang susut 40 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2024.
"Kami menyedari risiko kenaikan selanjutnya jika berlaku tekanan inflasi global atau ketegangan geopolitik yang memburukkan lagi keadaan tidak dijangka pada separuh kedua tahun ini," katanya dalam nota penyelidikannya, hari ini.
Selain itu, RHB IB berkata reaksi awal pasaran awal juga reda yang menunjukkan bahawa kenaikan sekali kadar 25 mata asas susulan mesyuarat bank pusat April mungkin tidak memadai bagi membendung kelemahan rupiah.
Dalam taklimat secara maya, Gabenor BI Perry Warjiyo menyifatkan kenaikan kadar itu sebagai tindak balas kepada kebangkitan semula dolar AS dan konflik di Timur Tengah, sehingga memerlukan dasar yang "dalam jangkaan, berpandangan jauh serta dahuluan."
Pada sesi itu juga, Perry mengunjurkan rupiah kekal stabil pada 16,200 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada suku kedua dan mengukuh kepada 15,800 menjelang suku keempat dalam senario pengukuhan mata wang negara maju berkenaan.
Rupiah susut nilai sebanyak 2.3 peratus berbanding dolar AS pada bulan lepas.
Dalam nota berasingan, Maybank Investment Bank (Maybank IB) berkata BI sedang mempertimbang kemungkinan menaikkan kadar faedah pada masa depan walaupun tidak melibatkan sebarang rancangan segera bagi langkah sedemikian setakat ini.
Ia turut menekankan bahawa kebimbangan utama bank pusat itu adalah berkaitan usaha bagi memastikan kestabilan rupiah.
"Wujud risiko bahawa penyusutan nilai dolar AS/rupiah yang berterusan, berkemungkinan mencetuskan satu lagi kenaikan kadar faedah itu," kata Maybank IB.
Langkah BI menaikkan kadar dasar utamanya kepada 6.25 peratus juga adalah paras yang tertinggi sejak 2016.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
BI dijangka mengekalkan kadar faedah berikutan inflasi yang terkawal dengan sasaran harga utama dalam julat 1.5-3.5 peratus tahun ini. - Gambar fail/Bernama
Ribuan penunjuk perasaan Israel tentang Netanyahu
Peserta tunjuk perasaan menuduh Netanyahu meneruskan peperangan untuk terus berkuasa.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Zelenskyy berkata Moscow tidak mempunyai keinginan untuk berdamai dan mereka hanya boleh dipaksa meninggalkan Ukraine.
Tentera Ukraine tembak jatuh pesawat pejuang Rusia
Tentera Ukraine menembak jatuh pesawat pejuang pengebom SU-25 Rusia di wilayah Donetsk di timur Ukraine pada Sabtu kata presidennya, Volodymyr Zelenskiy.
Panama bersedia untuk pemilihan Presiden
Panama bersedia untuk pilihan raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang dihangatkan dengan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.
Penunjuk perasaan pro Palestin ditahan polis Virginia
Polis menahan beberapa penunjuk perasaan di Universiti Virginia pada Sabtu semasa puluhan pelajar menduduki perkhemahan pro-Palestin di kampus selepas menyifatkan perhimpunan itu sebagai menyalahi undang-undang.
Hampir 100% sedia, TH tunggu kt pertama 9 Mei ini
Ikuti perkongsian Editor Astro AWANI yang juga petugas media musim haji 1445H/2024H mengenai persediaan Lembaga Tabung Haji (TH) menjelang ketibaan KT pertama jemaah haji Malaysia di Madinah pada 9 Mei ini.
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Bank Indonesia naikkan kadar faedah kepada 6.25 peratus, dijangka terakhir bagi 2024
Kenaikan kadar faedah utama Bank Indonesia kepada 6.25 peratus pada Rabu, berkemungkinan besar menjadi yang pertama dan terakhir untuk bank itu bagi 2024.
Malaysia-Indonesia jalin kerjasama, transaksi rentas sempadan guna kod QR
Ini membolehkan lebih ramai rakyat Indonesia dan Malaysia membuat pembayaran runcit secara segera di kedua-dua negara dengan mengimbas kod QRIS atau DuitNow.
BNM perbaharui perjanjian swap mata wang dengan Bank Indonesia
Pembaharuan perjanjian itu akan berkuat kuasa untuk tempoh tiga tahun.
BNM, Bank Indonesia masukkan pelaburan langsung, pendapatan & pindahan dalam penyelesaian ringgit-rupiah
Rangka kerja ini juga memperluas pengguna yang layak seperti orang perseorangan dan dasar pertukaran asing tambahan yang fleksibel.
Pakej rangsangan ekonomi perlu diteruskan walaupun lewat - Penganalisis
Ketidaktentuan politik yang mencetuskan kekalutan pada hujung minggu lepas, kini dilihat semakin reda selepas Tun Dr Mahathir Mohamad dilantik sebagai perdana menteri interim, semalam.
Beli-belah tengah malam Ramadan petunjuk ekonomi Indonesia semakin pulih
Tanda semangat ekonomi Indonesia bertambah baik antara lain berdasarkan senario pelanggan yang beratur sempena jualan murah tengah malam dalam bulan Ramadan.