Bank Islam Malaysia Bhd telah mengeluarkan kenyataan kukuh dalam mempertahankan tindakannya menggantung Ketua Ekonomi bank itu sementara menunggu keputusan siasatan dalaman atas dakwaan "pelanggaran disiplin yang serius".
"Di negara ini, orang ramai bebas membuat apa-apa ramalan tentang pilihan raya. Ia sebenarnya adalah pendapat peribadi yang tidak akan membawa apa-apa kesan kepada institusi kewangan seperti kami.
"Tetapi siasatan dalaman kami berikutan kenyataan Azrul Azwar Ahmad Tajuddin di sebuah forum serantau di Singapura, di mana dia meramalkankemenangan tipis bagi Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang, mendapati bukti pelanggaran polisi dalaman bank.
Ini telah disenaraikan dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan kepada beliau," kata satu sumber kepada Bernama.
Dari pandangan bank, pelanggaran tersebut sangat serius sehingga ia perlu membuat laporan kepada bahagian jenayah komersil polis, tambahnya.
Sumber itu berkata peraturan Bank Islam untuk pegawai yang dijemput ke forum umum adalah jelas.
"Mereka harus mendapatkan kebenaran daripada pengurusan untuk mengambil bahagian dalam forum dan mendapatkan kelulusan untuk ceramah mereka.
"Azrul tidak berbuat demikian. Beliau pergi ke Singapura tanpa pengetahuan kami dan pada waktu bekerja," katanya.
Siasatan bank juga mendapati Azrul telah, pada bulan-bulan sebelum ini, menghantar beberapa e-mel berkaitan dokumen rasmi bank dari pejabatnya kepada pihak ketiga, termasuk dokumen yang amat sulit iaitu minit mesyuarat lembaga pengarah Bank Islam.
"Beliau bukan ahli lembaga pengarah bank dan beliau tidak sepatutnya memegang dokumen itu.
"Kami mendapati daripada pelayan komputer bank bahawa lain-lain hal bank juga dihantar kepada orang luar.
"Ini adalah pelanggaran serius polisi pejabat dan disiplin dan tidak memberikan kami apa-apa pilihan selain mengambil tindakan tegas," katanya.
Diminta memberi komen tentang iklan satu muka yang dibeli oleh organisasi bukan kerajaan dan para aktivis dalam sebuah surat khabar pada 14 Feb untuk menyuarakan sokongan mereka kepada eksekutif bank itu, sumber itu berkata:
"Untuk berlaku adil terhadap kami, mereka patut membaca lampiran yang kami sediakan dalam surat tunjuk sebab yang diberikan kepadanya di mana kami menyenaraikan secara terperinci pelanggaran serius, yang pada kami, memerlukan tindakan daripada pihak kami".
"Kami membuat apa yang diperlukan untuk menjaga kepentingan bank. Apa yang kami buat tidak berbeza daripada apa yang akan dilakukan oleh institusi-institusi lain jika mereka menghadapi keadaan yang serupa. Dan, kami yakin pelanggan kami menyokong kami dalam hal ini," katanya.
Beliau berkata Azrul dijadualkan mempertahankan diri berdasarkan surat tunjuk sebab itu di hadapan lembaga disiplin tidak lama lagi.
Bernama
Thu Feb 28 2013
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Bank Islam pertahan tindakan gantung ketua ekonominya
Bank Islam Malaysia Bhd telah mengeluarkan kenyataan kukuh dalam mempertahankan tindakannya menggantung Ketua Ekonomi bank itu.