Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyuarakan rasa puas hati beliau terhadap perjanjian persefahaman (MoU) mengenai pengaturan penjelasan dan penyelesaian RMB antara kedua-dua bank pusat iaitu People's Bank of China dan Bank Negara Malaysia, baru-baru ini.
Bank Penjelasan RMB akan menjadi pemangkin untuk menyokong pertumbuhan pesat perdagangan dua hala, pelaburan dan aliran kewangan antara Malaysia dan Republik Rakyat China.
"Perjumpaan antara saya dengan Presiden Xi Jinping hari ini merupakan satu lagi pengesahan bahawa kedua-dua negara akan terus berusaha mencapai matlamat ini untuk manfaat kedua-dua negara," kata Perdana Menteri dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini.
"Seperti yang kita ketahui, kejayaan penubuhan Bank Penjelasan RMB ini adalah rentetan hasil perbincangan antara saya dengan Presiden Xi pada Mei lalu," kata kenyataan itu.
Bank Penjelasan ini akan menjadi komponen strategik dalam sistem dan infrastruktur kewangan Malaysia yang membolehkan pengumpulan mudah tunai RMB dalam jumlah yang besar untuk memenuhi keperluan pembiayaan institusi kewangan dan perniagaan Malaysia.
"Saya yakin institusi kewangan Malaysia akan mendapat memanfaatkan kelebihan ini untuk meneruskan usaha meningkatkan penggunaan RMB bagi memudahkan perdagangan dan pelaburan serantau yang lebih besar dalam rangkaian serantau yang luas dalam Asean.
Dengan itu, kedudukan Malaysia akan bertambah kukuh sebagai pintu masuk untuk RMB mengalir ke rantau Asean.
Najib berada di sini untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin Ekonomi (AELM) ke-22 Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik yang bermula hari ini.
AELM yang bertemakan 'Mencorakkan Masa Depan Menerusi Kerjasama Asia Pasifik' akan dipengerusikan Presiden China, Xi Jinping.
Pagi tadi, Najib mengadakan mesyuarat dua hala berasingan dengan Xi, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, C Y Leung dan Perdana Menteri China Li Keqiang.
Dalam pertemuan Najib dengan Li Keqiang, Najib berkata kerajaan China telah memaklumkan nama bank yang akan dilantik sebagai Bank Penjelasan, dan namanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat
Difahamkan Bank Negara akan turut mengeluarkan kenyataan mengenai Bank Penjelasan Renminbi/Ringgit yang akan memudahkan perdagangan Malaysia-China, di Kuala Lumpur hari ini.
Bernama
Mon Nov 10 2014
Bank Penjelasan RMB akan menjadi pemangkin untuk menyokong pertumbuhan pesat perdagangan dua hala, pelaburan dan aliran kewangan antara Malaysia dan Republik Rakyat China. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 5 Jun 2024.
10 Berita Pilihan - (05 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Dr Mahathir fail semakan kehakiman mohon prosiding RCI Batu Puteh dijalankan secara terbuka
Tun Dr Mahathir Mohamad memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman supaya prosiding RCI untuk Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh dijalankan secara terbuka.
Penuntut Malaysia di Jepun perlu tanam minat jadi pemimpin, bantu pembangunan negara - Johari
Belia Malaysia yang melanjutkan pengajian di Jepun perlu menanam semangat untuk kembali ke tanah air dan menjadi pemimpin baharu yang mampu membawa perubahan kepada negara.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Pesara polis rugi lebih RM310,000 diperdaya 'phone scam'
Seorang pesara polis mengalami kerugian lebih RM310,000 selepas terperdaya dengan sindiket "phone scam" atau penipuan melalui panggilan telefon.
Lebih 100 kes penebangan hutan secara haram direkodkan di Kelantan - MB
Sebanyak 137 kes penebangan hutan secara haram di Kelantan dikenal pasti dari 2020 hingga 2023, kata Menteri Besar Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
Hanya 20 peratus atlet terlibat program celik kewangan, persaraan - Shalin Zulkifli
Hanya 20 peratus daripada lebih 500 atlet kebangsaan yang menyertai program celik kewangan.
Prosedur pemeriksaan kesihatan warga emas menyeksakan, perlu dasar bersepadu - Pakar
Prosedur pemeriksaan kesihatan ketika ini, khususnya dalam sektor swasta, sangat menyeksa warga emas.
Tumpuan Khamis – 06 Jun 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah AS$112.79 bilion pada akhir April 2024 - BNM
BNM berkata data itu tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek.
BNM sediakan fleksibiliti kawal selia bagi bank terbitkan sukuk dalam denominasi ringgit
Bank Negara Malaysia (BNM) kini menyediakan fleksibiliti kawal selia untuk bank pembangunan pelbagai hala untuk menerbitkan sukuk dalam denominasi ringgit.
Ringgit di kedudukan pertama berbanding mata wang negara serantau pada pertengahan Mei - MOF
Peningkatan nilai ringgit mendorong mata wang tempatan berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan mata wang negara serantau lain pada pertengahan Mei 2024.
Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan
Minggu ini, BNM jalankan operasi harian untuk kurangkan lebihan dana dengan menawarkan tender repo berbalik dan tender repo berbalik Islam.
Ekonomi Malaysia berada di landasan untuk berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini - BNM
Bank Negara Malaysia (BNM) kekal mengunjurkan ekonomi Malaysia berkembang 4.0 hingga 5.0 peratus tahun ini.
Inflasi keseluruhan dijangka kekal sederhana pada 2.0-3.5 peratus tahun ini - BNM
Inflasi keseluruhan dan inflasi teras dijangka kekal sederhana tahun ini, masing-masing antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus dan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada 2024.
KDNK Malaysia berkembang 4.2 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi malaysia pada suku pertama 2024 tumbuh pada kadar 4.2 peratus, walaupun berhadapan dengan situasi ekonomi global yang tidak menentu.
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Bank Negara Malaysia kekal OPR pada 3.00 peratus
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia membuat keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada paras semasa iaitu 3.00 peratus.
Rizab antarabangsa BNM berkurang AS$1 bilion, mata wang asing susut tertinggi - Kenanga Research
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) yang terkini menunjukkan penurunan sebanyak AS$1.0 bilion atau -0.9% bulan ke bulan (MoM) kepada RM112.8 bilion pada 30 April 2024.