awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bank Rakyat yakin capai sasaran pertumbuhan pinjaman 6 peratus

Bernama
Bernama
02/08/2016
13:20 MYT
Bank Rakyat yakin capai sasaran pertumbuhan pinjaman 6 peratus
Bank Rakyat kini mempunyai 200,000 pemegang kad debit dan 340,000 pemegang kad kredit dengan jumlah transaksi kedua-duanya berjumlah RM70 juta. -Gambar fail
Bank Rakyat yakin dapat mencapai sasaran pertumbuhan pinjaman enam peratus tahun ini berdasarkan prestasi tujuh bulan lepas.
Pengarah Urusan dan Presiden, Datuk Mustafha Abd Razak berkata, walaupun pelbagai cabaran dalam pasaran berikutan ketidaktentuan ekonomi global, pertumbuhan masih bergerak dalam momentum yang betul.
"Dengan pemotongan kadar dasar semalaman baru-baru ini oleh Bank Negara Malaysia, kami melihat pemotongan kadar deposit kira-kira lima hingga 10 kadar asas, diikuti kadar pinjaman.
"Kami menjangka kadar itu akan diturunkan kepada 20 hingga 25 mata dalam dua hingga tiga bulan akan datang dan ini akan memanfaatkan pemohon pinjaman baharu," katanya kepada pemberita pada pelancaran kad koperasi Bank Rakyat dan Petronas di sini, hari ini.
Mustafha berkata, pinjaman tidak berbayar bank itu tahun ini dijangka berada di bawah 2.5 peratus.
Kini ia 2.1 peratus lebih tinggi berbanding paras industri 1.7 peratus.
Mengenai kerjasama dengan Petronas, beliau berkata, pemegang i-Kad Kredit dan i-Kad Debit bank itu akan ditawarkan rebat dua peratus ke atas belian di stesen minyak mulai hari ini hingga 31 Oktober 2016.
Menurutnya, Bank Rakyat kini mempunyai 200,000 pemegang kad debit dan 340,000 pemegang kad kredit dengan jumlah transaksi kedua-duanya berjumlah RM70 juta.
Jumlah transaksi dengan Petronas oleh pemegang kad bank itu sekitar RM5 juta sebulan, katanya, dengan menambah melalui promosi ini bank menjangka peningkatan dalam transaksi kira-kira RM4 juta sebulan.
Sementara itu, Ketua Bahagian Perniagaan Runcit Petronas Dagangan Bhd, Shaharuddin Muhammad Sidek berkata, berdasarkan trend lepas kempen promosi di antara Petronas dan kad lain, terdapat banyak peningkatan dalam jualan di stesen Petronas.
"Dalam kempen berkenaan yang melibatkan hadiah, kami melihat kenaikan jualan kira-kira 15 peratus dan dengan rebat itu kami menjangka ia akan lebih tinggi lagi," katanya.
Dengan kerjasama ini, beliau berkata, pelanggan Bank Rakyat akan turut mendapat peluang memenangi mata Ganjaran Mesra bernilai RM200 dengan menggunakan kad kredit dan debit dengan Kad Mesra Angkasa bagi membuat belian RM50 dalam satu resit.
Topic Berkaitan
#Bank Rakyat yakin dapat capai sasaran pertumbuhan pinjaman 6 peratus pada 2016
#Musthafa Abdul Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan