WASHINGTON: Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS) Melania Trump menyuarakan harapan agar gencatan senjata baharu dapat dicapai dalam konflik Ukraine sebelum Krismas, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Saya benar-benar berharap lebih banyak gencatan senjata dapat dicapai. Kita boleh melakukannya dengan cepat sekiranya Ukraine dan Rusia bersedia untuk mengadakan rundingan sekarang. Jadi, mungkin kita akan mencapai satu lagi gencatan senjata sebelum Krismas," kata Melania Trump kepada Fox News pada Jumaat ketika menjawab soalan mengenai harapannya sempena Krismas.
Bulan lepas, Wanita Pertama AS itu membantu menjadi pengantara bagi gencatan senjata setempat antara Rusia dan Ukraine, sekali gus membuka laluan kepada misi kemanusiaan ke bandar Alyoshki (juga dikenali sebagai Oleshky) di wilayah Kherson pada 30 Okt.
Pesuruhjaya Hak Asasi Manusia Rusia Yana Lantratova mengucapkan terima kasih kepada Melania Trump dan meminta beliau meneruskan usaha pengantaraan itu.
-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI