Skip to main content

Malaysia

Pelajar SBP dilaporkan hilang ditemukan selamat

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima aduan kira-kira 6 petang semalam daripada ibu pelajar berusia 13 tahun tersebut selepas dimaklumkan mengenai kehilangan itu oleh pihak sekolah.

Ringkasan AI

  • Seorang pelajar SBP di Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang semalam telah ditemukan selamat di Taiping pada malam yang sama.
  • Operasi pencarian melibatkan polis, Unit K9, pihak sekolah, ahli keluarga dan bantuan maklumat orang awam.
  • Polis mengesahkan kejadian ini tidak berkaitan dengan kes kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar yang dilaporkan sebelum ini.
Advertisement

IPOH: Pelajar sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar yang dilaporkan hilang semalam ditemukan selamat pada hari yang sama.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata pihaknya menerima aduan kira-kira 6 petang semalam daripada ibu pelajar berusia 13 tahun tersebut selepas dimaklumkan mengenai kehilangan itu oleh pihak sekolah.

“Usaha mengesan pelajar itu giat dijalankan polis yang turut melibatkan Unit Anjing Pengesan (K9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak serta bantuan pihak sekolah dan ahli keluarga. 

Advertisement

“Pelajar itu berjaya ditemukan polis di Taiping kira-kira 10 malam hasil maklumat orang awam dan diserahkan kepada ibu bapanya dalam keadaan baik serta selamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Heisham berkata kejadian itu tidak berkaitan dengan kes kematian pelajar SBP di Kuala Kangsar yang dilaporkan pada Rabu lepas.

Advertisement

Terdahulu, kehilangan pelajar tingkatan satu sebuah SBP di Kuala Kangsar itu tular di media sosial.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement