awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titi gantung Lata Rek: ICU JPM akan bincang dengan agensi teknikal esok
Kerajaan pantau risiko geopolitik global terhadap harga minyak - KSU Perbendaharaan
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Baru kaji, belum mansuh monopoli Bernas - MOA

Najib Aroff
Najib Aroff
13/06/2018
06:28 MYT
Baru kaji, belum mansuh monopoli Bernas - MOA
Negara mengeluarkan 73 peratus beras tempatan dan selebihnya ditampung dengan import yang dilaksanakan melalui kontrak jangka panjang. - Foto AstroAWANI
KUALA LUMPUR:Kerajaan sedang meneliti secara holistik pengurusan berkaitan industri padi dan beras negara bagi menjamin sekuriti makanan, kata Setiausaha Bahagian Industri Padi dan Beras Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Shamsuddin Ismail.
“Negara mengeluarkan 73 peratus beras tempatan dan selebihnya ditampung dengan import yang dilaksanakan melalui kontrak jangka panjang.
"Walau bagaimanapun, bagi memastikan sekuriti makanan terjamin, kerajaan sedang meneliti secara holistik berkaitan dengan pengurusan industri padi dan beras negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu merujuk kepada laporan Astro AWANI pada Selasa bertajuk 'Pernahkah beras tak cukup?'.
BACA: 'Pernahkah beras tak cukup?' - CEO Bernas
Pihak kerajaan katanya sedang mengumpul input berkaitan industri dari Majlis Penasihat Kerajaan serta peserta industri sebelum hadir dengan hala tuju terbaik buat industri.
"Penelitian mendalam perlu dilaksanakan kerana urusan pengimportan beras perlu diuruskan dengan baik bagi memastikan bekalan beras negara tidak terjejas," katanya.
Shamsuddin berkata, hala tuju baharu pengurusan industri padi beras negara juga akan memberi tumpuan khusus terhadap perkara berkaitan pengurusan stok penimbal, pengurusan subsidi dan insentif, urusan pengimportan beras yang sering dibangkitkan, pemutuan dan isu melibatkan kebajikan pesawah.
Ketua Pegawai Eksekutif Bernas pada Selasa menyeru pihak kementerian mempertimbangkan kembali cadangan pemansuhan monopoli Bernas dalam industri beras.
Ia bagi menjamin kebajikan petani yang bergantung kepada pembelian beras oleh Bernas dan bagi mengelakan import berlebihan menjejaskan pendapatan petani tempatan.
Topic Berkaitan
#BERNAS
#beras
#Subsidi Beras
#harga beras
#sekuriti makanan
#monopoli
#Shamsuddin Ismail
#Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan