awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala

Dagang News
Dagang News
14/07/2022
02:30 MYT
Batik Air buka tempahan ke tiga destinasi baharu pada harga serendah RM249 sehala
Batik Air akan melancarkan laluan ke Phuket secara rasmi bermula 1 Ogos, Surabaya pada 10 Ogos dan Ho Chin Minh bermula 15 September 2022. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Batik Air yang dahulunya dikenali sebagai Malindo Air mengumumkan bahawa semua tempahan kini dibuka untuk perkhidmatan harian dari Kuala Lumpur ke tiga lagi destinasi baharu iaitu Phuket, Surabaya dan Ho Chi Minh bermula pada harga serendah RM249 sehala.
Perkhidmatan penerbangan tujuh kali seminggu itu membuktikan mereka komited meneruskan pengembangan rangkaian antarabangsanya selepas dijenamakan semula sebagai Batik Air.
Batik Air akan melancarkan laluan ke Phuket secara rasmi bermula 1 Ogos, Surabaya pada 10 Ogos dan Ho Chin Minh bermula 15 September 2022.
Harga yang ditawarkan untuk penerbangan sehala ke Phuket bermula RM299 untuk Kelas Ekonomi dan RM1,509 untuk Kelas Perniagaan, Kuala Lumpur ke Surabaya bermula RM389 untuk Kelas Ekonomi dan RM1,999 untuk Kelas Perniagaan.
Bagi penerbangan Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh hanya RM249 sehala untuk Kelas Ekonomi dan tiada penerbangan Kelas Perniagaan ditawarkan.
Harga berkenaan merangkumi bagasi seberat 20kg untuk Kelas Ekonomi manakala 40kg untuk Kelas Perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Malindo, Kapten Mushafiz Mustafa Bakri berkata, pihaknya berbesar hati untuk memperkenalkan Phuket, Surabaya dan Ho Chi Minh, yang popular dengan pengembara perniagaan dan percutian.
Katanya, kekerapan penerbangan harian membuktikan hubungan ekonomi, perniagaan dan pelancongan yang semakin berkembang antara Malaysia dan Thailand; Indonesia dan Vietnam.
"Penerbangan itu juga akan meningkatkan kesalinghubungan Phuket, Surabaya dan Ho Chi Minh ke seluruh dunia melalui Lapangan Terbang Antarabngsa Kuala Lumpur (KLIA) sebagai hab serantau.
"Dinamik yang disuntik oleh Tourism Malaysia dalam melonjakkan senario pelancongan kami dengan pelbagai perkembangan untuk Cuti-Cuti Malaysia berlaku pada saat yang baik untuk menggalakkan orang ramai berkunjung ke Malaysia," katanya. -Dagang News
Topic Berkaitan
#Batik Air
#Cuti-Cuti Malaysia
#Malindo Air
#Tourism Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan