awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
“Kami tuan di negara sendiri” - PM Kanada, Mark Carney jawab ancaman Presiden Trump
Ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, OPR tidak berubah -- Penganalisis
Dilema dihadapi 'whistleblower' punca gejala rasuah terus berakar umbi - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bayaran balik cukai 2025 catat bayaran tambahan RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion diumum sebelum ini

Bernama
Bernama
22/01/2026
21:40 MYT
Bayaran balik cukai 2025 catat bayaran tambahan RM7.5 bilion berbanding RM4 bilion diumum sebelum ini
Bagi tahun ini, keutamaan LHDN untuk menyelesaikan bayaran balik cukai syarikat bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026 dan bayaran balik bagi tahun taksiran 2024 akan diselesaikan pada hujung 2026. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Bayaran balik cukai pada 2025 mencatat paras tertinggi dalam tempoh lima tahun, disokong oleh bayaran tambahan RM7.5 bilion pada Disember 2025 berbanding keseluruhan peruntukan tambahan bayaran balik lebihan cukai sebanyak RM4 bilion yang diumum sebelum ini.
Kementerian Kewangan (MOF) berkata, bagi 2025, jumlah bayaran balik cukai yang diselesaikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah sebanyak RM22.45 bilion yang melibatkan 3.6 juta pembayar cukai.
MOF menjawab pertanyaan Chong Chieng Jen (PH-Stampin) berkenaan tunggakan cukai yang dibayar balik oleh kerajaan kepada pembayar cukai yang bayar berlebihan dan jumlah pembayar cukai yang terlibat.
Kementerian itu turut berkata, bagi tahun ini, keutamaan LHDN untuk menyelesaikan bayaran balik cukai syarikat bagi tahun taksiran 2023 pada suku pertama 2026 dan bayaran balik bagi tahun taksiran 2024 akan diselesaikan pada hujung 2026.
"Manakala bayaran balik lebihan cukai tanpa mengira usia kes akan dibuat kepada semua pembayar cukai selain syarikat," jelas MOF lagi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayaran balik cukai
#LHDN
#Kementerian Kewangan
#tunggakan cukai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan