Skip to main content

Malaysia

Sasterawan Negara A Samad said dirawat di HKL akibat sakit tua

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menyifatkan A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad, sebagai tokoh budayawan yang amat berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air. - Foto FB Anwar Ibrahim
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menyifatkan A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad, sebagai tokoh budayawan yang amat berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air. - Foto FB Anwar Ibrahim

Ringkasan AI

  • Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A Samad Said kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat sakit tua dan turut menghidap diabetes.
  • Anak beliau, Helmy Abdul Samad, mengesahkan keadaan kesihatan bapanya tidak begitu baik selepas dimasukkan ke wad petang semalam.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan A Samad Said yang terkenal dengan karya seperti Salina dan Hujan Pagi.
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A Samad Said kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke wad petang semalam akibat sakit tua.

Anak keduanya Helmy Abdul Samad, 63, ketika dihubungi Bernama mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bapanya turut menghidap diabetes.

“Keadaan bapak tidak begitu baik. Sakit tua. Juga ada diabetes. Masuk lewat petang semalam,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar sasterawan tersohor berusia 91 tahun itu segera sembuh.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menyifatkan A Samad Said yang mesra dengan panggilan Pak Samad, sebagai tokoh budayawan yang amat berjasa kepada dunia kesusasteraan tanah air.

Advertisement

A Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Antara karya tersohor beliau ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961, selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi.

-- BERNAMA

 

Must Watch Video

Advertisement