Skip to main content

Politik

PRN Sarawak: Sokongan Sarawak penting perkukuh kestabilan politik Persekutuan - Saifuddin Nasution

Saifuddin Nasution memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika kunjungannya ke negeri itu. - Foto FB Saifuddin Nasution
Saifuddin Nasution memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika kunjungannya ke negeri itu. - Foto FB Saifuddin Nasution

Ringkasan AI

  • Sokongan dan kerjasama Sarawak dianggap penting dalam memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran Kerajaan MADANI di peringkat Persekutuan.
  • Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan hubungan erat Persekutuan-Sarawak membolehkan kerajaan fokus kepada pembangunan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.
  • Perkara ini dibincangkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak menjelang Pilihan Raya Negeri ke-13 yang dijadualkan pada 12 Disember.
Advertisement

KUCHING: Sokongan Sarawak terus dilihat sebagai antara faktor penting dalam memperkukuh kestabilan politik di peringkat Persekutuan, sekali gus memastikan kesinambungan pentadbiran Kerajaan MADANI.

Menteri Dalam Negeri merangkap Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan kerjasama dan persefahaman antara Kerajaan Persekutuan dengan Sarawak sebagai asas penting bagi membolehkan kerajaan memberikan tumpuan kepada agenda pembangunan negara.

“Kami bersetuju bahawa kestabilan politik, kemakmuran ekonomi dan kebajikan rakyat harus terus menjadi keutamaan.

Advertisement

“Semangat saling menghormati, persefahaman dan kepercayaan perlu terus menjadi asas hubungan Persekutuan-Sarawak,” katanya.

Saifuddin menerusi kenyataan media pada Selasa turut memaklumkan perkara itu dibincangkan dalam pertemuan bersama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ketika kunjungannya ke negeri itu.

Advertisement

Mengulas lanjut mengenai kepentingan hubungan politik kedua-dua pihak, Saifuddin berkata beliau menghargai komitmen dan sokongan Sarawak terhadap usaha Kerajaan Persekutuan dalam memastikan kestabilan politik serta kesinambungan pentadbiran negara.

“Dalam konteks politik negara, saya menghargai komitmen dan sokongan Sarawak terhadap usaha Kerajaan Persekutuan untuk memastikan kestabilan politik dan kesinambungan pentadbiran negara.

“Kerjasama serta persefahaman ini amat penting bagi membolehkan kerajaan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada agenda pembangunan ekonomi, pelaksanaan reformasi dan kesejahteraan rakyat,” katanya lagi.

Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13 akan berlangsung pada 12 Disember ini, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada Sabtu (28 November), manakala pengundian awal akan diadakan pada 8 Disember.

Must Watch Video

Advertisement