KUALA LUMPUR: Bina Darulaman Bhd (BDB) menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini.
Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.
"Saya sangat gembira mengenai pembukaan projek ini serta 36 daripada 38 unit LPO ini telah berjaya disewakan kepada usahawan tempatan, ini adalah perkembangan baik buat BDB," katanya ketika membuat lawatan kerja di Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di sini.
Dalam masa sama, beliau berkata fasa kedua projek berkenaan dijangka siap pada 2024 merangkumi keluasan secara keseluruhan 17.40 hektar.
"Sekarang ini kami menggunakan lebih 10 peratus keluasan tanah tersebut untuk menempatkan 38 unit kedai atau outlet selain surau, tempat rehat, ruang legar dan sebagainya," katanya.
September tahun lalu, Bernama melaporkan BDB mengumumkan syarikat usaha sama dengan Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI), BDBMBI Langkawi Ventures Sdn Bhd bakal membangunkan projek komersial bersepadu 'Premium Outlet' yang meliputi ruang perniagaan, makanan dan minuman serta kemudahan rekreasi di Langkawi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BDB, Faris Najhan Hashim berkata projek dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu akan dibangunkan di Padang Matsirat, bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.
Sementara itu, Che Had mengharapkan hasil lawatan kerja ke Bernama dapat merangka kerjasama dan hubungan baik antara pihaknya bersama media.
"Melalui media ini, kami mempunyai sasaran untuk meningkatkan jenama BDB sendiri," katanya sambil menambah BDB juga banyak menganjurkan program melibatkan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) iaitu usahasama rapat BDB dengan masyarakat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 29 2022
BDB menjangkakan projek fasa satu Langkawi Premium Outlet (LPO) akan siap pada hujung Oktober tahun ini. - Foto Sinar Harian
Jalan sekitar Tambun ditutup, dilencong sempena sambutan Hari Bomba Sedunia
Penutupan dan lencongan itu akan bermula jam 6.30 pagi hingga 12 tengah hari pada Khamis hingga Sabtu ini.
Azerbaijan pertahan komitmen terhadap minyak, gas sebagai tuan rumah COP29
Azerbajian menasihatkan wakil dari 110 negara anggota COP29 supaya mengelak menuding jari sebaliknya tumpu kepada tindakan kolaboratif.
Banjir lumpur Taman Chepor Impian: Penduduk minta penjelasan, ganti rugi
Roslan mendakwa kejadian banjir kilat beserta lumpur yang berulang itu adalah disebabkan projek perumahan baharu di kawasan berdekatan.
Tiada penutupan ruang udara setakat ini - CAAM
Tiada penutupan ruang udara atau lapangan terbang di negara ini setakat ini, susulan letusan semula Gunung Ruang di Indonesia sebanyak tiga kali semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud bagaimanapun berkata ketinggian penerbangan telah dihadkan.
Slogan pro-Palestin dan anti polis dilaungkan di Berlin
Demonstrasi aman sempena Hari Pekerja di Berlin pada Selasa diselingkan dengan jeritan slogan pro-Palestin dan anti polis.
Ribuan penunjuk perasaan banjiri ibu kota di Amerika Latin
Hari Pekerja Antarabangsa di kawasan Amerika Latin pada Rabu menyaksikan ribuan pekerja berhimpun di ibu kota utama untuk meneruskan perjuangan menuntut hak buruh dan tempatan.
Bendera Palestin diturunkan di New York
Rakaman saksi yang dikeluarkan pada Rabu memaparkan pegawai Jabatan Polis New York menanggalkan bendera Palestin dan menaikkan bendera Amerika di City College, New York.
Papagomo didakwa hari ini, kenyataan mengaib Agong
Bekas EXCO Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali Papagomo, akan didakwa di Mahkamah Sesyen, pada Khamis kerana membuat kenyataan menghasut yang mendatangkan kebencian kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Jawatankuasa kaji paras kenaikan gaji penjawat awam
Perlu ada satu jawatankuasa seperti mana di sektor swasta bagi mengkaji secara menyeluruh skim gaji penjawat awam secara khusus, walaupun terdapat kenaikan setiap tahun.
Individu disenarai hitam dilarang mengajar tahfiz
Tegas Mohd Naim, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jakim pada 2019.
BDB jangka Langkawi Premium Outlet siap Oktober ini
Pengerusi Eksekutif BDB Che Had Dhali berkata tahap persiapan projek tersebut telah mencapai 95 peratus.