PUTRAJAYA : Individu yang disenarai hitam berikutan terlibat dengan kesalahan jenayah tidak akan dibenar untuk mengajar di institusi tahfiz seluruh negara.
Tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2019.
“Segala panduan yang diperlukan untuk institusi berdaftar, termasuk tapisan disiplin dan jenayah telah dinyatakan dalam panduan ini,” katanya kepada Sinar Harian.
Ujar beliau, Pihak Berkuasa Agama Negeri (PBAN) juga disaran untuk menggunakan garis panduan tersebut bagi membantu menyelaras segala isu terlibat.
“Sekiranya individu tersebut didapati bersalah dan disenarai hitam oleh pihak polis, maka mereka tidak dibenarkan untuk mengajar,” tegas Mohd Na’im.
Sebelum ini, media melaporkan seorang mudir rumah anak yatim dan pusat tahfiz di Bachok dan Machang, Kelantan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen terhadap lima pertuduhan meliwat pelajarnya sejak tiga tahun lepas.
Muzaidi Mohamad, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Nik Habri Muhamad.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berkenaan yang berusia 12 hingga 15 tahun.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di bilik mudir di sebuah rumah anak yatim di Bachok dan di dalam bilik tidur di sebuah maahad tahfiz di Machang kira-kira jam 10 pagi hingga 10 malam pada April 2021 hingga April tahun ini.
Daripada lima pertuduhan tersebut, empat pertuduhan melibatkan dua mangsa yang sama. - Sinar Harian
Sinar Harian
Wed May 01 2024
MOHD NA'IM: Sekiranya individu tersebut didapati bersalah dan disenarai hitam oleh pihak polis, maka mereka tidak dibenarkan untuk mengajar. - Gambar fail BERNAMA
Kerajaan cuba pastikan satu peranti untuk satu pelajar - Zahid Hamidi
Kerajaan akan cuba memastikan setiap pelajar dan murid dibekalkan dengan sebuah peranti bagi memudahkan kaedah pembelajaran secara digital, kata Ahmad Zahid.
Siasatan berhubung dakwaan peminjam koperasi disenarai hitam sedang dijalankan - Ewon
Siasatan berhubung dakwaan peminjam sebuah koperasi disenarai hitam oleh bank walaupun sudah melangsaikan hutang sedang dijalankan.
RM2 juta rancakkan program JEJAK tahun ini, persiapan Tahun Melawat Malaysia 2026
Sebanyak RM2 juta diperuntukkan bagi bantuan insentif program JEJAK sebagai sokongan awal menggerakkan koperasi yang terlibat dalam sektor pelancongan.
Pusat Rawatan TH dapat pengiktirafan Arab Saudi tiga tahun berturut-turut
Pusat Rawatan TH itu adalah pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama di Arab Saudi yang mendapat kelulusan berkenaan.
Istiadat Pertabalan YDP Agong pada 20 Julai, sambutan Hari Keputeraan pada September
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 akan dilangsungkan pada 20 Julai akan datang.
Brazil komited bekerjasama dengan Jakim dalam pembangunan halal
Badan pensijilan halal Brazil, Fambras Halal optimis Malaysia akan sentiasa menjadi peneraju dalam industri halal di peringkat global.
Wai Ching mahu 'tawan' Merdeka 118, pecah Rekod Dunia Guinness
Wai Ching bercadang untuk melawat menara Merdeka 118 pada Julai bagi mengenal pasti jumlah langkahan yang perlu dilakukan untuk lengkapkan larian.
WHO luluskan vaksin denggi baharu TAK-003
TAK-003 merupakan vaksin lemah hidup yang mengandungi versi lemah dari keempat-empat serotip virus yang menyebabkan denggi.
AWANI Ringkas: 46 negara guna 'autogate' | Kadar alkohol tinggi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ICJ tolak permintaan Israel untuk tangguh perbicaraan
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permintaan Israel untuk menangguhkan perbicaraan pada Khamis hingga minggu depan.
Individu disenarai hitam dilarang mengajar tahfiz
Tegas Mohd Naim, pihak tahfiz perlu patuh kepada Panduan Penubuhan dan Pendaftaran Institusi Tahfiz yang diterbitkan Jakim pada 2019.
Menteri Agama tegur NGO bukan Islam ulas isu pindaan akta syariah
Semua pihak digesa tidak memberikan sebarang kenyataan bersifat spekulatif yang boleh mengelirukan mahupun mencetuskan kegusaran kepada orang awam berhubung cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah.
Pendakwah, penceramah wajib dapat tauliah sebelum mengajar - Mohd Na’im
Pihak berkuasa agama telah mewajibkan semua pendakwah dan penceramah di Malaysia untuk mendapatkan tauliah mengajar.
JAKIM perbanyakkan program perkukuh kesatuan, perpaduan
Kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan usaha untuk menyebar syiar Islam demi menggalakkan kesatuan dan perpaduan rakyat.
Status daging kultur: MKI akan bincang dengan IIFA
MKI akan mengeluarkan fatwa berhubung status daging kultur selepas mengadakan perbincangan dengan Akademi Fiqh Islami Antarabangsa (IIFA).
Mufti perlu jelaskan isu libat hukum agama, elak manipulasi politik - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, peranan mufti sangat penting dalam menjelaskan sesuatu hukum kepada masyarakat agar tidak wujud kekeliruan.
JAWI siasat himpunan LGBT, ajaran Ahmadi - Menteri Agama
JAWI telah melakukan siasatan terhadap kumpulan yang membawa sepanduk berkaitan lesbian, gay, biseksual, transgender (LGBT) dan ajaran Ahmadi di hadapan Kompleks Sogo, Kuala Lumpur Sabtu lalu.
World #QuranHour: Surah Al-Insan dipilih dengan tema memanusiakan manusia
Penganjuran World #QuranHour diharapkan dapat menjadikan masyarakat negara ini terdidik dengan akhlak Al-Quran.
Semua Mahkamah Syariah beroperasi sepenuhnya mulai semalam
Sebelum ini, semua mahkamah syariah di seluruh negara ditangguh dan dilaksanakan secara dalam talian berikutan pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19.