awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya

Bernama
Bernama
02/02/2023
20:00 MYT
Bekas CEO CAAM kini CEO penerbangan Kumpulan Berjaya
Voo akan menyelia syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu, iaitu Berjaya Air, Asia Jet dan Rafflesia Airways. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Berjaya Land Bhd melantik Datuk Kapten Chester Voo sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) bagi penerbangan kumpulannya, berkuat kuasa Khamis.
Berjaya Land dalam satu kenyataan berkata, Voo akan menyelia syarikat penerbangan di bawah kumpulan itu, iaitu Berjaya Air, Asia Jet dan Rafflesia Airways.
Voo merupakan seorang veteran dalam industri penerbangan dengan pengalaman selama 29 tahun.
Sebelum pelantikannya, beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dari Jun 2020 hingga Disember 2022, yang mana beliau mengetuai pengawal selia keselamatan penerbangan melalui krisis COVID-19 dan memperoleh semula penarafan Kategori 1 daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (AS), bagi membolehkan syarikat penerbangan Malaysia memasuki dan menambah penerbangan ke AS.
Voo memulakan kerjayanya yang cemerlang sebagai juruterbang dengan Malaysia Airlines pada 1993, dan kemudiannya menyertai AirAsia pada 2008 yang mana beliau terlibat dalam operasi penerbangan sebelum menyertai CAAM.
Mengenai pelantikan itu, Pengasas dan Pengerusi Berjaya Corp Bhd (BCorp) Tan Sri Vincent Tan berkata, beliau yakin bahawa perniagaan penerbangan kumpulan itu dijaga dalam keadaan yang yang baik di bawah Voo untuk tumbuh dan berkembang.
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Eksekutif Berjaya Land dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bersama BCorp, Syed Ali Shahul Hameed berkata pengalaman dan pengetahuan luas Voo akan menjadi aset yang hebat kepada syarikat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Berjaya Land Bhd
#Kapten Chester Voo
#CAAM
#CEO penerbangan Berjaya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan