Skip to main content

Malaysia

Terkini kontroversi Piala FA: Ini punca sebenar pergaduhan Kuching City-Selangor?

Seorang pemain tuan rumah telah menghampiri Kim Pan-gon, lalu tercetus pergaduhan antara kedua-dua pasukan. - Foto Stadium Astro
Seorang pemain tuan rumah telah menghampiri Kim Pan-gon, lalu tercetus pergaduhan antara kedua-dua pasukan. - Foto Stadium Astro
Advertisement

TULAR di media sosial satu video didakwa berkemungkinan besar punca kontroversi kekecohan para pemain dan barisan kejurulatihan Kuching City dan Selangor dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Taha Ariffin, malam tadi.

Media sosial mula bergegar apabila peminat tempatan mula berkongsikan kejadian tersebut dengan pelbagai pandangan peribadi.

Tampanan sendiri yang tidak disengajakan oleh Mukhairi Ajmal Mahadi memberikan kemenangan buat The Cats menerusi agregat 3-2, sekali gus mara ke final bertemu juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) nanti.

Advertisement

Satu pasukan meraikan jaringan tersebut, namun terdapat seorang pemain tuan rumah yang menghampiri ketua jurulatih Gergasi Merah, Kim Pan-gon, lalu tercetus pergaduhan antara kedua-dua pasukan.

Situasi semakin memuncak di bangku simpanan dan mendorong pengadil, Izwan Abdullah, melayangkan kad merah ke atas jurulatih kecergasan Selangor, Joel Dones. - Stadium Astro

Advertisement

 

 

Must Watch Video

Advertisement