awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: 170 cadangan dikemuka parti politik kepada Kementerian Kewangan

Najib Aroff
Najib Aroff
02/11/2020
11:20 MYT
Belanjawan 2021: 170 cadangan dikemuka parti politik kepada Kementerian Kewangan
Cadangan-cadangan yang dikemukakan parti-parti politik, kata Tengku Zafrul, tertumpu pada sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi kesan COVID-19 menjelang tahun 2021. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Lebih 170 cadangan dikemukakan dalam sesi konsultasi parti politik bersama Kementerian Kewangan.
Menurut, Menteri Kewangan Tengku Datuk Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz, secara umumnya cadangan-cadangan berkenaan tertumpu pada sokongan dan bantuan yang diperlukan untuk mengatasi kesan COVID-19 menjelang tahun 2021.
"Antara sektor dengan cadangan tertinggi termasuk kesihatan, sokongan pekerjaan, pendidikan dan industri PKS," kata beliau dalam satu kenyataan pada Isnin.
Sehubungan itu, Kementerian Kewangan, kata Tengku Zafrul, sedang memperhalusi kesemua cadangan tersebut untuk disertakan dalam Belanjawan 2021 yang akan dibentangkan 6 November ini.
Secara keseluruhan juga, beliau berkata, Kementerian Kewangan menerima lebih 6,600 cadangan termasuk melalui laman sesawang Belanjawan 2021.
"Belanjawan 2021 merupakan fasa kelima dalam strategi enam fasa atau Strategi 6R iaitu rancangan pemulihan ekonomi kerajaan yang telah digerakkan sejak bulan Mac.
“Fasa-fasa sebelum ini merangkumi pelan rangsangan ekonomi PRIHATIN, PRIHATIN PKS+, PENJANA dan KITA PRIHATIN yang berjumlah RM305 bilion," tambah Zafrul lagi.
BACA: SEMUA YANG ANDA INGIN TAHU MENGENAI BAJET 2021
Kementeri Kewangan pada Ahad mengadakan konsultasi Belanjawan 2021 bersama wakil-wakil daripada parti-parti politik negara iaitu UMNO, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Pas, MCA, Parti Warisan Sabah (Warisan) dan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).
Zafrul berkata sesi konsultasi bersama parti politik merupakan kesinambungan kepada usaha penyediaan Belanjawan 2021 yang inklusif dan komprehensif.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#Tengku Zafrul
#Kementerian Kewangan
#parti politik
#cadangan Belanjawan 2021
#sesi konsultasi parti politik
#konsultasi Belanjawan 2021
#COVID19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan