Skip to main content

Dunia

Nairobi cipta sejarah jadi tuan rumah Kejohanan Olahraga Dunia 2029

https://gregori-international.com/en/achievements/kasarani-stadiums/
Keputusan bersejarah itu menyaksikan Nairobi menjadi bandar pertama di Afrika yang diberikan hak untuk menganjurkan kejohanan berprestij berkenaan. -Foto Moi International Sports Centre
Advertisement

BUDAPEST: London terlepas peluang untuk menganjurkan Kejohanan Olahraga Dunia 2029 selepas tewas kepada Nairobi dalam proses bidaan yang disahkan pada mesyuarat Majlis Olahraga Dunia, di sini, pada Selasa.

Keputusan bersejarah itu menyaksikan Nairobi menjadi bandar pertama di Afrika yang diberikan hak untuk menganjurkan kejohanan berprestij berkenaan.

Presiden Olahraga Dunia, Sebastian Coe, berkata majlis itu berdepan keputusan yang sukar berikutan menerima empat bidaan yang kukuh bagi edisi 2029 dan 2031.

Beliau berkata pemilihan itu selari dengan misi badan induk berkenaan untuk memperluaskan pembangunan olahraga di peringkat global dengan membawa kejohanan itu ke Asia, Afrika dan Eropah dalam tiga edisi akan datang.

Bagi edisi 2031, Olahraga Dunia mengesahkan Munich di Jerman dipilih sebagai tuan rumah, sekali gus menyaksikan Stadium Olimpik Munich menjadi venue kejohanan dunia buat kali ketiga.

Sebelum ini, London mengemukakan Stadium London, gelanggang rasmi kelab bola sepak West Ham United, sebagai lokasi utama bagi bidaannya untuk edisi 2029.

Stadium itu mempunyai rekod penganjuran sukan yang cemerlang termasuk menjadi venue utama Sukan Olimpik 2012, kejohanan tahunan Liga Berlian London serta Kejohanan Olahraga Dunia 2017.

Selain London, Rome turut gagal dalam persaingan merebut hak penganjuran bagi edisi 2029 dan 2031.

Must Watch Video

Advertisement