ALOR SETAR:Kerajaan diminta memberi tumpuan terhadap usaha membanteras penagihan selain pemulihan dadah terutama di kalangan generasi muda dalam Belanjawan 2021 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 November depan.
Ikon Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Dr Zaki Zamani Abd Rashid, berkata peruntukan yang lebih besar boleh disalurkan kepada AADK bagi membolehkan keberkesanan program berkaitan usaha berkenaan dipertingkat.
"Peruntukan itu perlu untuk menangani masalah dadah yang serius dengan lebih berkesan menerusi dasar baharu berkaitan dadah terutama membabitkan aspek pencegahan.
"Saya memohon kerajaan memberi perhatian yang lebih terhadap isu ini kerana ia melibatkan ramai golongan remaja dan belia yang akan menggugat masa depan negara.
"Selain AADK, saya harap lebih banyak peruntukan diberikan kepada jabatan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang aktif dalam usaha ini," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, usaha pencegahan dan pemulihan dadah tidak boleh dipandang ringan kerana ia seperti wabak yang akan merebak jika tidak ditangani dengan berkesan.
Pada masa yang sama katanya, aspek pembangunan dan rawatan kesihatan mental bagi bekas penagih juga perlu diberi perhatian dengan peruntukan disalurkan kepada Kementerian Kesihatan (KKM).
"KKM perlu diberikan peruntukan yang lebih besar khusus bagi membina pusat pemulihan bagi membantu menangani pelbagai masalah mental yang berpunca daripada penagihan dadah sintetik," katanya.
Adie Sufian Zulkefli
Tue Oct 20 2020
Peruntukan itu akan membantu AADK memperbaiki lagi keberkesanan program pemulihan dadah.-Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Belanjawan 2021: KKM harap dapat peruntukan lebih besar - Dr Noor Hisham
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya merancang untuk menubuhkan hospital penyakit berjangkit dengan peruntukan yang akan diberikan KKM.
Belanjawan 2021: Beri tumpuan terhadap pencegahan, pemulihan dadah - Ikon AADK
Peruntukan itu akan membantu AADK memperbaiki lagi keberkesanan program pemulihan dadah.
Lawatan Menteri Luar China bawa pelbagai manfaat kepada Malaysia
Sepanjang 46 tahun, persahabatan dua negara ini telah mencoret sejarah kerjasama yang amat berjaya merangkumi pelbagai bidang.