ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 21 Oktober 2026.
1. Mohd Shuhaily nafi sebabkan kecederaan dua anggota polis di KLIA
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis.
2. MB Perlis digantung keahlian Bersatu
Parti Pribumi Bersatu Malaysia telah menggantung keahlian Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah selama dua penggal pemilihan parti, berkuat kuasa 13 Oktober lalu.
3. Yayasan Akalbudi: Mahkamah benar tangguh kes Badan Peguam cabar DNAA Ahmad Zahid
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Peguam Negara untuk menangguhkan prosiding semakan kehakiman Badan Peguam, bagi mencabar keputusan pihak pendakwaan menghentikan kes rasuah Yayasan Akalbudi melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan diputuskan.
4. 30 ditahan terlibat sindiket persundalan rentas sempadan Malaysia-Singapura
Sebanyak 30 individu termasuk seorang warga tempatan ditahan dalam operasi membanteras sindiket persundalan rentas sempadan Malaysia-Singapura yang menggunakan laman sesawang untuk mempromosikan kegiatan itu kepada pelanggan di republik tersebut.
5. Mohd Shuhaily masih bertugas seperti biasa - Peguam
Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, akan terus menjalankan tugasnya seperti biasa sehingga dimaklumkan sebaliknya, kata peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad.
6. Kerajaan arah henti guna aplikasi Waze serta-merta
Kerajaan mengarahkan semua anggota perkhidmatan awam menghentikan penggunaan aplikasi navigasi yang berpangkalan di Israel, Waze, serta-merta.
7. Cuba rampas objek tajam dibawa pelajar, guru cedera di Kuching
Guru berkenaan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas pihak sekolah menghubungi perkhidmatan ambulans.
8. Terima rasuah RM69,600, bekas Ketua Polis Temerloh dipenjara 8 bulan
Bekas Ketua Polis Daerah Temerloh dijatuhi hukuman penjara lapan bulan selepas didapati bersalah atas 46 tuduhan menerima rasuah RM69,600.
9. PM larang penjawat awam guna Waze
Kerajaan melarang semua anggota perkhidmatan awam menggunakan aplikasi Waze atas kebimbangan keselamatan maklumat.
10. RM2.85 bilion dadah, racun dirampas dalam tempoh sembilan bulan - JSJN Bukit Aman
Nilai dadah dan racun dirampas Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkat 43.63 peratus kepada RM2.85 bilion bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding RM1.98 bilion dalam tempoh sama tahun lepas.