KUALA LUMPUR:Pembentangan Belanjawan 2021 diharap dapat memberi tumpuan kepada sektor pelancongan dan golongan sasar yang terjejas teruk akibat COVID-19.
Selain itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata agenda Belanjawan 2021 juga perlu menumpukan kepada usaha mengatasi wabak tersebut.
"Kita juga perlu merancang dan mengambil tindakan-tindakan awal untuk melonjakkan ekonomi negara pasca COVID-19 tetapi saya kira paling penting kebajikan rakyat mesti diutamakan.
"Belanjawan 2021 mesti memberi fokus kepada usaha kita untuk mensejahterakan ekonomi rakyat," katanya kepada Astro AWANI, pada Sabtu.
Mengulas lanjut, Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu menambah, Belanjawan 2021 juga diharapkan dapat membantu kerajaan negeri memperkasakan semula rakyat.
Antaranya kata Ahmad Faizal, kerajaan negeri Perak merancang untuk membuka tanah-tanah terbiar bagi tujuan pertanian.
"Jadi saya nampak dalam jangka masa pendek ini adalah peluang golongan yang terjejas teruk dan terpaksa dihentikan kerja untuk memasuki bidang pertanian dan kerajaan negeri dapat membuka tanah-tanah terbiar agar mereka dapat usahakan.
"Dalam masa yang sama saya harap Belanjawan 2021 dapat membantu usaha kerajaan negeri untuk membantu golongan terjejas, mungkin dengan bantuan modal dalam bidang pertanian," tambahnya.
KLIK UNTUK PERKEMBANGAN BELANJAWAN 2021
Dalam perkembangan sama, Ahmad Faizal berkata kerajaan perlu mengurangkan kebergantungan terhadap import hasil pertanian.
Setakat 2019, jumlah import hasil pertanian mencecah hampir RM50 bilion.
Belanjawan 2021 dijadual dibentangkan di Parlimen pada 6 Nov.
Hasimi Muhamad
Sat Oct 31 2020
Selain itu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata agenda Belanjawan 2021 juga perlu menumpukan kepada usaha mengatasi wabak COVID-19. - Gambar Fail
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Thailand terima kedatangan 32.7 juta pelancong sejak Januari 2024
Sepanjang 2 hingga 8 Disember, negara itu mencatatkan 699,129 ketibaan pelancong antarabangsa dengan purata 99,876 pengunjung setiap hari.
Dua pelancong asing maut, pokok besar tumbang di lokasi popular Bali
Dalam kejadian pada Selasa di Monkey Forest, Ubud itu, dua lelaki warganegara asing disahkan terkorban sementara seorang lagi mengalami kecederaan.
Pemerintah Indonesia komited jadikan Bali nadi pelancongan negara
UNWTO mengiktiraf kawasan pelancongan berkenaan sebagai antara yang terbaik di dunia bagi tahun ini.
Pekan Papan layak diangkat Tapak Warisan Dunia UNESCO
Pekan itu mempunyai nilai warisan yang signifikan manakala bangunan lama di Papan masih utuh dan mempunyai keunikan seni bina tersendiri.
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini - MOTAC
Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.
Jangan abaikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan - Titah Sultan Pahang
Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyeru semua rakyat supaya tidak mengabaikan peranan bahasa Melayu.
Pemilihan Ewon mantapkan kerjasama PH-GRS - Hajiji
Pemilihan Ewon Benedick sebagai Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah yang baharu diharap mampu memperkukuh kerjasama antara gabungan parti itu dengan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Pahang berpotensi bangunkan 'Safari Park'
Kawasan hutan seluas 202.3 hektar di Temerloh sesuai dibangunkan sebagai taman safari itu, yang akan memberi satu lagi nilai tambah.
Malaysia catat trafik penumpang udara 80.3 juta bagi 10 bulan pertama 2024
Trafik penumpang udara Malaysia bagi tempoh 10 bulan pertama tahun ini mencecah 80.3 juta.
Creative Creed terima anugerah BBEA, mahu tembusi pasaran Asia Barat
Kejayaan diiktiraf sebagai penerima Bumiputera Business Excellence Award menjadi pembakar semangat kepada Creative Creed Associates untuk terus berkembang maju dalam dunia perniagaan.