awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2026 buka lembaran baharu untuk Sabah terus maju - Hajiji
Pembantu kedai makan maut dilanggar pemandu kereta positif dadah
Thaipusam, Hari Wilayah Persekutuan diwartakan cuti am 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang berpotensi bangunkan 'Safari Park'

Bernama
Bernama
02/12/2024
21:30 MYT
Pahang berpotensi bangunkan 'Safari Park'
Pengunjung berpeluang melihat dengan lebih dekat tiga ekor gajah yang dibawa dari Kampung Budaya Gajah Kenyir. - Foto BERNAMA
KUANTAN: Pahang berpotensi membangunkan sebuah taman safari yang terbesar antara dalam kalangan negara ASEAN bagi menarik kedatangan pelancong domestik dan luar negara, sekali gus memberi lonjakan positif dalam ekonomi dan pelancongan negeri.
Ahli Dewan Undangan Negeri lantikan Datuk Wong Tat Chee berkata kawasan hutan seluas 202.3 hektar di Temerloh sesuai dibangunkan sebagai taman safari itu, yang akan memberi satu lagi nilai tambah di daerah itu.
"Saya ingin mencadangkan kerajaan negeri membuat langkah penerobosan untuk memacu dan melonjakkan pelancongan daerah Temerloh dengan membangunkan sebuah 'safari park'. Saya percaya langkah ini boleh membawa impak besar kepada kegiatan pelancongan tempatan.
"Apabila ada safari park, bukan sahaja dapat menarik pelancong tempatan seperti produk pelancongan Genting Highlands tetapi juga dapat menarik pelancong asing ke Temerloh. Apabila ramai pelancong ke Temerloh, akan ada keperluan membina hotel bertaraf empat, lima bintang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika perbahasan Belanjawan Pahang 2025 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini pada Isnin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#taman safari
#pelancongan
#kawasan hutan
#Wong Tat Chee
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan