awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS susulan permintaan terhadap mata wang selamat berkurangan
Pentadbiran Trump rancang bertemu syarikat minyak AS, bincang tingkat pengeluaran minyak Venezuela
AS kurangkan bilangan vaksin disyorkan untuk kanak-kanak, doktor bimbang risiko penyakit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2021: Rakyat perlukan bantuan lestari, jangka panjang

Astro Awani
Astro Awani
16/10/2020
09:24 MYT
Belanjawan 2021: Rakyat perlukan bantuan lestari, jangka panjang
Sektor lain seperti pelancongan, kesihatan dan pendidikan misalnya memerlukan 'buah tangan' yang mempunyai ketahanan dalam menghadapi kejutan ekonomi. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR :Sektor kritikal dan perniagaan yang terkesan teruk akibat pandemik COVID-19 perlu mendapat tumpuan khusus dalam Belanjawan 2021 yang bakal dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 6 November ini.
Penganalisis ekonomi, Prof Dr Azali Mohamed, berkata secara umum, tahap keprihatinan kerajaan terhadap golongan terjejas akibat wabak COVID-19 wajar dipuji, namun rekod baik itu mesti diteruskan lagi pada pascabajet 2021.
Katanya, belanjawan kali ini mungkin berbeza dengan yang sebelumnya kerana banyak sektor di negara ini menghadapi kesukaran apabila musibah COVID-19 melanda dunia.
"Rakyat berpendapatan rendah (B40) dan berpendapatan sederhana (M40) serta peniaga kecil antara golongan yang memerlukan bantuan khusus secara bersasar kali ini.
"Bantuan berterusan ini perlu diberikan supaya kuasa membeli dalam kalangan rakyat tidak merosot dan ekonomi domestik dapat terus bergerak," katanya dalam satu kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, Azali yang juga Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, Universiti Putra Malaysia, berkata selain bantuan kewangan, mekanisme yang lestari diperlukan dalam usaha memastikan ekonomi negara terus mampan.
Beliau berkata, sektor lain seperti pelancongan, kesihatan dan pendidikan misalnya memerlukan 'buah tangan' yang mempunyai ketahanan dalam menghadapi kejutan ekonomi.
Sebagai contoh, katanya, dalam sektor pendidikan, sekiranya membabitkan infrastruktur, perkara itu perlu diberi keutamaan supaya peruntukan yang mencukupi disalurkan untuk menyokong segala kemudahan bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran maya di institusi pendidikan kerajaan.
"Kemudahan ini bukan hanya boleh digunakan ketika negara menghadapi kecemasan umpama wabak penyakit berjangkit seperti COVID-19, tetapi berupaya dimanfaatkan sepanjang masa pada masa akan datang.
”Dana yang diperuntukkan haruslah bersifat berterusan dan boleh dioptimumkan sepenuhnya supaya kemudahan itu boleh terus digunakan dalam jangka masa panjang. Dalam masa yang sama pengurangan cukai juga perlu dipertimbangkan dan diperhalusi semula," katanya.
Topic Berkaitan
#Belanjawan 2021
#COVID-19
#Tengku Zafrul
#pandemik
#harapan
#perniagaan
#sektor terjejas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan