awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
Bekas Presiden PPP S.I. Rajah meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan 2025: Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
18/10/2024
08:40 MYT
Belanjawan 2025: Skop Cukai Perkhidmatan akan diperluas
Anwar berkata, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam.
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperluaskan skop Cukai Perkhidmatan meliputi perkhidmatan komersial antaranya perniagaan seperti perkhidmatan kewangan berasaskan fi.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sesi libat urus dengan pihak berkepentingan serta industri berkaitan akan dilaksanakan sebelum memuktamadkan skop peluasan dan kadar cukai yang dikenakan.
Beliau menambah, Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) akan dilaksanakan lebih progresif dan tidak membebankan rakyat awam.
"Cukai Jualan akan dikenakan ke atas barangan bukan keperluan asas seperti barang premium yang diimport seperti ikan salmon dan avokado
"Peluasan skop SST secara progresif akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 Mei 2025.
"Sebahagian hasil akan dimanfaat untuk menambah baik bantuan tunai kepada rakyat terbanyak selain meningkatkan kualiti perkhidmatan pendidikan dan kesihatan," katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat pada Jumaat.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan bercadang meluaskan asas cukai secara progresif dengan memperkenalkan cukai dividen pada kadar dua peratus ke atas pendapatan dividen melebihi RM100,000 yang diterima oleh pemegang saham individu bermula tahun taksiran 2025.
Usaha tersebut katanya, dilaksanakan supaya cukai pendapatan yang dikutip tidak hanya bergantung kepada sumbangan penerima gaji, tetapi turut merangkumi sumbangan pemilik syarikat serta individu dengan milikan harta saham jutaan ringgit.
"Pertimbangan akan diberikan bagi mengecualikan pendapatan dividen daripada simpanan kerajaan seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), amanah saham di bawah Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan pendapatan dividen dari luar negara," kata Anwar.
Bertemakan 'Ekonomi MADANI, Negara Makmur, Rakyat Sejahtera', ia adalah belanjawan ketiga oleh kerajaan MADANI di bawah pimpinan Anwar dan yang terakhir di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025) sebelum beralih kepada Rancangan Malaysia Ke-13 untuk tempoh lima tahun akan datang.
Ikuti laporan yang terperinci Belanjawan 2025 di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Belanjawan 2025
#Belanjawan2025
#Belanjawan25
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan