BISNES
Belanjawan 2026: Pertanian moden adalah sektor masa depan Malaysia - Tinjauan

Sebanyak 40.87 peratus responden memilih pertanian moden, manakala 33.91 peratus pula memilih teknologi digital dan AI sebagai sektor masa depan Malaysia. - Foto Fail
KUALA LUMPUR: Pertanian moden menjadi pilihan utama respoden Astro AWANI sebagai sektor masa depan Malaysia.
Daripada 115 responden yang terlibat dalam tinjauan #SuaraAndaSuaraMalaysia, 40.87 peratus responden memilih pertanian moden.
Sementara itu, 33.91 peratus responden memilih teknologi digital dan kecerdasan buatan (AI) sebagai sektor masa depan Malaysia.
Ini diikuti dengan tenaga hijau dan boleh baharu (21.74 peratus) manakala 3.48 peratus responden memilih teknologi kewangan dan aset digital.
115 responden telah turut serta tinjauan soalan keempat sempena Belanjawan 2026.
Astro AWANI membuka ruang kepada rakyat Malaysia untuk bersuara dan berkongsi pandangan menjelang pembentangan Belanjawan 2026.
Menerusi inisiatif tersebut, orang ramai terbuka untuk menyertai kuiz khas yang mengandungi soalan penting berkaitan isu kos sara hidup, subsidi, pekerjaan, pendidikan, kesihatan, cukai, serta hala tuju ekonomi negara.
Soalan baharu akan dikemas kini setiap dua hari, sehinggalah menjelang sehari sebelum Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 10 Oktober nanti.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami