awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pulau Pinang naikkan rebat cukai tanah 50 peratus bagi 2026 - Chow
Bayaran saham KPF tertunggak: Kami bukan bank saudagar, tetapi koperasi - Pengerusi
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Belanjawan Perak jangka beri peruntukan besar kepada usahawan

Amirrul Rabbani
Amirrul Rabbani
27/11/2021
11:55 MYT
Belanjawan Perak jangka beri peruntukan besar kepada usahawan
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia sebagai usaha kerajaan negeri dalam terus membantu golongan berkenaan untuk bangkit susulan kesan penularan COVID-19 dalam negara. - Gambar fail
BAGAN DATUK: Kerajaan Perak memberi bayangan akan menyediakan peruntukan terbesar kepada golongan usahawan dalam Belanjawan Negeri 2022 berbanding yang pernah dibentangkan sebelum ini.
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata ia sebagai usaha kerajaan negeri dalam terus membantu golongan berkenaan untuk bangkit susulan kesan penularan COVID-19 dalam negara.
Tanpa memberitahu secara terperinci, beliau berkata jumlah usahawan yang akan memperoleh manfaat adalah bergantung kepada bilangan yang akan membuat permohonan kepada inisiatif berkenaan.
“Kerajaan negeri akan menampung peruntukan-peruntukan yang tidak disenaraikan Kerajaan Persekutuan menerusi Bajet 2022.
“Contohnya kita ada menyediakan inisiatif seperti mikro kredit usahawan. Kita tahu yang SME Corporation Malaysia (SME Corp), Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi pun ada menyediakan inisiatif sama, akan tetapi tidak semua yang memperoleh manfaat.
“Ada sesetengah itu di peringkat negeri, usahawan-usahawan tidak dapat memenuhi kriteria yang diumumkan Kerajaan Persekutuan, maka mereka tidak dapat menerima bantuan.
“Justeru di peringkat kerajaan negeri kita menampung pula dengan menggunakan dana yang ada,” katanya selepas Sesi Townhall Program Menteri Besar Bersama Rakyat (Mesra) di Dewan Dato' Lope Hashim, Bagan Datuk, di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Ahli Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.
Pada tahun lalu Perak memperuntukkan RM7 juta bagi merangsang pertumbuhan sektor usahawan di negeri ini menerusi Belanjawan 2021 yang bertemakan Perak Negeri Berdaya Tahan, Mampan dan Inklusif.
Dalam perkembangan lain, Saarani memberitahu kerajaan negeri akan mencari jalan untuk meneruskan semula 52 peratus projek infrastruktur di Bagan Datuk termasuk Bagan Datuk Water City yang terbantut akibat pertukaran kerajaan di Persekutuan pada tahun 2018.
“Kita akan mencari balik peruntukan yang telah diluluskan tetapi dibatalkan Menteri Kewangan ketika itu.
“Maka sekarang ini Perdana Menteri daripada UMNO-BN kita kena cari balik untuk membolehkan kawasan Bagan Datuk membangun setanding seperti daerah lain untuk kebajikan rakyat setempat,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Perak
#Belanjawan Negeri 2022
#Menteri Besar Perak
#Saarani Mohamad
#belanjawan perak
#usahawan
#bajet 2022
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan